Semalam berlangsungnya majlis perpisahan persaraan cikgu abangraja yang pernah mengajarnya dulu cikgu Norasyikin di sk kampong Raja. Abangraja selaku pengerusi PIBK turut dijemput bersama-sama sukarelawan thirdforce dan Pengerusi PIBG bagi meraikan program.

Majlis yg cukup meriah ini turut di hadir boss PPD Pasir Puteh cikgu Harun yg turut sempat menyampaikan sepatah dua kata.

Cikgu Norasyikin pernah menjadi cikgu abangraja sewaktu abangraja belajar di smk Gaal satu masa dahulu. Beliau telah berkhidmat lebih 30 tahun sebagai guru dan antara orang penting yg hadir dalam perjalanan hidup abangraja dari kecik membina dan mendidik abangraja.

Hari ni dalam ucapannya abangraja menyentuh tentang perlunya dipupuk perasaan kasih sayang kepada guru dikalangan ibubapa dan komuniti. Ini kerana ianya akan membentuk satu generasi yg akan turut menghormati ibubapa dan mengeratkan kerjasama antara ibubapa, komuniti dan pihak sekolah.

Sk Kg Raja adalah sekolah abangraja sewaktu kecil dulu dan kini beliau hadir ke sekolah ini untuk sama-sama mencurahkan kembali kepakaran dan ilmu beliau bagi membangunkan dan membina anak-anak kampung seperti beliau yang rata2nya dari golongan B40.

Terima kasih kepada guru besar Cikgu Rahim dan semua guru-guru sk Kampong Raja atas jemputan. Semoga contoh yg kita sama-sama tunjukkan kepada anak-anak ini dapatlah menjadi sebahagian antara usaha kita dalam pembinaan modal insan yg berakhlak mulia serta sangat nenyayangi guru.

-TF MEDIA-

Related Post

Leave us a reply

*

*