TAWAU_ 11 MAY 2019 | Alhamdulillah team sukarelawan hari ini telah selamat menghantar amanah masyarakat kepada golongan yang memerlukan. Cuaca hari ini sangat menguji kesabaran para sukarelawan kami dengan keadaan panas dan perjalanan yang jauh dan mencabar.

Semoga dengan sedikit perkongsian ini kepada ibu tunggal yang terpaksa bekerja keras membesarkan anak-anaknya, OKU warga emas, warga emas miskin sebatang kara, ketua keluarga strok yang hidup dalam kekurangan dan beberapa orang pelajar daripada keluarga yang miskin akan dapat mengurangkan beban hidup mereka menjalani ramadhan. Mereka ini bukan meminta-minta sukarelawan lah yang sejak bertahun lama bersama mereka.

Jom warga di luar sana mari bersama menggunakan kesempatan di bulan ramadhan ini untuk kita berusaha memberi sedikit kegembiraan kepada mereka yang hidup dalam kekurangan. Mereka ada di sekitar kita Namun kadang tidak terkesan oleh kerana sikap golongan kurang berkemampuan ini yang tidak meminta-minta.

Di PERKALAS @The 3rd Force Sabah kami menyediakan ruang dan peluang untuk anda berkongsi rezeki yang ada sepanjang tahun termasuk sebulan ramadhan ini kepada fakir miskin. Antara pilihan yang anda boleh pilih dan sertai sepanjang bulan Ramadhan ini ialah seperti program di bawah :

1) Menyediakan PEK RAMADHAN (barangan dapur, kurma dan kordial) 
2) Menyediakan PEK SYAWAL (kuih raya, kordial, minuman, barangan dapur, pakaian raya baru) 
3) Program Dapur Syurga (menyediakan makan minum kepada gelandangan dan fakir)
4) Berbuka bersama di Depot kemanusiaan kami dengan buruh pelupusan sampah.
5) Menjadi sukarelawan mengajar ilmu agama, ilmu tulis baca dan mengira untuk anak-anak di pelupusan sampah.
6) Bersama kami mengedarkan PEK RAMADHAN dan PEK SYAWAL.
7) Berkongsi rezeki kepada anak-anak yatim dan anak-anak saudara mualaf kita (Program meraih kasih anak-anak syurga).
8) Menyantuni para mangsa kebakaran yang masih hidup dalam pondok buruk yang mereka bina dengan kekurangan.

Sebarang pertanyaan boleh berhubung terus nombor yang tertera di bawah ini.

Untuk update aktiviti PERKALAS@TF SABAH boleh ke page rasmi kami 
https://www.facebook.com/perkalas791/

atau anda juga boleh melihat dan subscribe channel Youtube kami di
https://www.youtube.com/channel/UCFEFoI3avYme3ci4vblf0CA

anda juga boleh terus ke page rasmi Raja Shamri

https://www.facebook.com/rajashamri/

JOM JADI ORANG BAIK-BAIK !!!!

“KEBAHAGIAAN UNTUK SEMUA”

KAHAR HUSENG
PERKALAS@TF SABAH
01119560583

Related Post

Leave us a reply

*

*