Baru dapat tahu rupanya semalam adik Rohani anak yatim yang kita sama-sama bantu utk pergi interview hari tu telah mendaftarkan di di Matrik Kelantan. Abangraja telah hubungi adik Rohani dan katanya dia tak tahu dapat ke tak masuk ipg walaupun dah buat yg terbaik masa temuduga.

Oleh kerana panggilan ke IPG dan keputusan samada adik Rohani dapat masuk ke ipg ke tak tu lambat lagi nak keluar sedangkan matrik dah kena daftar maka adik Rohani kata beliau tak boleh tunggu begitu sahaja dan kena daftar matrik.

Tak pastilah bagaimana anak yatim piatu 4 beradik dan neneknya pergi mendaftarkan diri semalam. Kita dah tawarkan diri dulu utk sediakan pengangkutan tapi adik Rohani tak bagi tahu kita utk daftar matrik semalam sebab katanya tak mahu susahkan abangraja dan thirdforce sebab katanya dah banyak kali kita tolong dia, adik-adik dan neneknya 😭😭

Kematangannya berfikir menjangkau usiannya. Mungkin kerana kemiskinan dan kepayahan hidup menjadikannya begitu.

Abangraja ketika hubungi adik Rohani sebentar tadi di maklumkan dia ada orientasi 2 hari. Makan kena beli sendiri dan nanti ada elaun akan dapat cuma lambat lagilah. Bulan 7 mungkin baru dapat elaun tu. Abangraja tanya berapa duit yg ada dalam tangan tadi katanya ada RM100 utk belanja beli buku, makan dsbg.😭😭

InsyaAllah kita sama-sama bantu ya.

401total visits,2visits today

Related Post

Leave us a reply

*

*