Semalam saya ada melawat Pakcik Mat di sg tias.

Pakcik Mat bagi tahu ada beruang masuk ke halaman rumah dia malam tadi. Alhamdulillah, beruang tu tak ganggu Pakcik Mat cuma kejadian itu sangat menakutkan warga emas berusia 75 tahun yang tinggal sendirian ini.

Beruang tersebut masuk ke halaman rumah Pakcik Mat dan memanjat kelapa untuk makan umbut kelapa dan berlalu pergi setelah kenyang. Jarak antara rumah dan pokok kelapa tu dekat dah sangat …

Kita merancang untuk memulakan bantuan membina rumah pakcik Mat segera demi keselamatan beliau. Esok nak start. Backhole nak datang ratakan tanah.

Rumah yang pakcik Mat tinggal sekarang boleh runtuh bila-bila masa lantaran dek dimakan anai-anak. Ada keluarga thirforce Kak Fadz dan rakan-rakannya telah usahakan penyambungan letrik ke rumah Pak Cik Mat bulan lepas. Air paip dari sumber air boring juga telah disalurkan ke rumah Pakcik Mat.

Kita bantu bina rumah Pakcik Mat nak tak?

Sikit sorang insyaAllah boleh siap. Kita cadang nak buat kecik je sekitar 20 x 15 saja.

Whatsapp abangraja 017-3872232 ya.

BERSAMA KITA REBUT PAHALA

Saya dengan ini melancarkan Projek Villa Syurga Atuk.
Bismillahirahmaanirahim …

Jom Jadi Orang baik-baik.

WE ARE THE THIRDFORCE
TOGETHER WE ARE STRONGER

64total visits,1visits today

Related Post

Leave us a reply

*

*