TAWAU_ 11 MAY 2019 | Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk para sukarelawan PERKALAS @The 3rd Force Sabah bagi menyantuni para asnaf di bawah seliaan kami. Antara penerimanya ialah Ibu tunggal OKU dan anak kecilnya telah diberikan pek ramadhan dan susu formula untuk anaknya. Bantuan sangat diperlukan oleh keluarga kecil ini kerana ibu OKU ini belum bekerja dan terpaksa membayar sewa bilik di bawah kolong yang didiaminya.

Seterusnya ialah seorang warga emas yang hidup berseorangan di pondok buruknya. Meneruskan sisa hidupnya dengan mengumpul tin, plastik, kertas atau kotak buangan di tong sampah kampung. Keluarga ke tiga pula ialah warga emas OKU buta yang baru kehilangan suami tercinta. Terima kasih kepada semua sukarelawan dan penyumbang yang sentiasa menyokong dan bermurah hati untuk terus membantu program kemanusiaan kami.

Sebarang update aktiviti PERKALAS@TF SABAH boleh ke page rasmi kami 
https://www.facebook.com/perkalas791/

atau anda juga boleh melihat dan subscribe channel Youtube kami di
https://www.youtube.com/channel/UCFEFoI3avYme3ci4vblf0CA

anda juga boleh terus ke page rasmi Raja Shamri

https://www.facebook.com/rajashamri/

JOM JADI ORANG BAIK-BAIK !!!!

“KEBAHAGIAAN UNTUK SEMUA”

KAHAR HUSENG
PERKALAS@TF SABAH
01119560583

56total visits,1visits today

Related Post

Leave us a reply

*

*