BANTUAN KILAT UNTUK PASANGAN SUAMI ISTERI YANG BERHATI MULIA DAN 24 ORANG ANAK-ANAKNYA (ANAK KANDUNG DAN ANAK ANGKAT)

TAWAU _ 13 MAY 2019 | Di sebuah rumah usang terdapat sepasang suami isteri yang sangat mulia hatinya. Anda mungkin tidak percaya jika si suami yang sakit tenat hanya terbaring di katil akibat terjatuh dan hanya isterinya yang sihat merupakan tempat bergantung 10 orang anak kandung dan 14 orang anak angkat (kanak-kanak miskin yang berstatus yatim) .

Sukar dimengerti walau kehidupan mereka sangat miskin namun mereka masih berusaha menjaga 14 anak angkat lainnya yang tinggal berhimpit di rumah buruk itu. Si ibu bila ditanya tentang perkara itu hanya mampu berkata bahawa tidak sampai hati membiarkan anak-anak ini terbiar. Si ibu melayani mereka seperti anak kandungnya sendiri walau kehidupan mereka serba kekurangan dari semua segi.

Kerana kemiskinan ini juga menyebabkan anak-anak mereka terputus sekolah. Sehingga sekarang mereka belum pernah mendapatkan bantuan selayaknya daripada pihak yang sepatutnya menagani permasalahan mereka sekeluarga.

Alhamdulillah atas maklumat yang diberikan team PERKALAS@The 3rd Force Sabah telah turun ke lokasi rumah keluarga ini berada untuk melihat sendiri kesengsaraan keluarga ini. Perkara yang menyayat hati apabila melihat salah seorang anak keluarga ini menghadapi masalah usus di luar yang menyebabkan najis terlihat jelas. Atas faktor kemiskinan mereka tidak mendapatkan rawatan sewajarnya.

Sukarelawan juga telah berkongsi barangan dapur dan hamper kuih muih untuk keluarga ini. Dua kali sukarelawan berulang alik menghantar bantuan agar keluarga besar mereka boleh mendapatkan bantuan sewajarnya dan mencukupi.

Semoga selepas ini rakan-rakan di luar sana sudi bersama membantu meringankan beban keluarga ini. Status warganegara Malaysia yang dipegang oleh orang tua anak-anak ini diharapkan dapat melancarkan lagi bantuan yang sepatutnya mereka dapatkan sejak dahulu lagi. Kasihanilah mereka agar beban hidup keluarga ini dapat diringankan.

Sebarang update aktiviti PERKALAS@TF SABAH boleh ke page rasmi kami 
https://www.facebook.com/perkalas791/

atau anda juga boleh melihat dan subscribe channel Youtube kami di
https://www.youtube.com/channel/UCFEFoI3avYme3ci4vblf0CA

anda juga boleh terus ke page rasmi Raja Shamri

https://www.facebook.com/rajashamri/

JOM JADI ORANG BAIK-BAIK !!!!

“KEBAHAGIAAN UNTUK SEMUA”

KAHAR HUSENG
PERKALAS@TF SABAH
01119560583

73total visits,1visits today

Related Post

Leave us a reply

*

*