SANDAKAN_ 14 MAY 2019 | Syukur ya Allah pertemukan kami para sukarelawan yang menjadi pelengkap gerak kerja kemanusiaan kami. Kesemua pimpinan sukarelawan kami di setiap daerah merupakan manusia-manusia istimewa yang dikirim Tuhan untuk melengkapkan team PERKALAS@TF SABAH. Salah satunya ialah Puan Maisarah timbalan koordinator kami di daerah Sandakan.

Ditengah kesibukannya sebagai seorang pendidik di salah satu sekolah menengah di daerah ini, beliau pasti akan berusaha menyempatkan diri jika ada kes-kes yang perlu bantuan segera. Contohnya petang tadi pulang dari sekolah terus ke hospital memenuhi permintaan seseorang yang mengharap bantuan untuk membantu ibu saudaranya berusia 90 tahun yang menghidap sakit buah pinggang dan paru-paru berair.

Bantuan termampu telah diserahkan kepada anak saudara nenek ini. Nenek berusia 90 tahun ini tidak mempunyai anak dan semua tugas menjagaan dilakukan oleh anak saudaranya yang bertugas sebagai pemotong rumput. Diharap dengan perkongsian daripada sukarelawan kami boleh mengurangkan beban pesakit dan warisnya. In sya Allah ada rezeki kami datang lagi. Diharap nenek cepat sembuh sihat seperti sedia kala.

Sebarang update aktiviti PERKALAS@TF SABAH boleh ke page rasmi kami 
https://www.facebook.com/perkalas791/

atau anda juga boleh melihat dan subscribe channel Youtube kami di
https://www.youtube.com/channel/UCFEFoI3avYme3ci4vblf0CA

anda juga boleh terus ke page rasmi Raja Shamri

https://www.facebook.com/rajashamri/

JOM JADI ORANG BAIK-BAIK !!!!

“KEBAHAGIAAN UNTUK SEMUA”

KAHAR HUSENG
PERKALAS@TF SABAH
01119560583

16total visits,3visits today

Related Post

Leave us a reply

*

*