Kita sentiasa ada pilihan untuk masukkan makanan apa dalam mulut kita untuk memberikan jasad kita kekuatan dan kesihatan. Kita juga sentiasa ada pilihan untuk masukkan apa benda dalam minda kita melalui penglihatan kita dan apa yang kita baca setiap hari.

Saya memilih untuk memilihnya dengan cermat dan serius both makanan yg masuk ikut mulut termasuk vitamin dan juga ubat-ubatan. Begitu juga saya memilih dengan cermat dan serius bacaaan apa, ulasan dan arguement, diskusi, wacana, debat, pebezaan pendapat, buku, artikel malah lagu-lagu yang masuk melalui mata dan telinga saya.

Ini kerana ianya sangat boleh menjejaskan kekuatan serta kesihatan minda dan spiritual saya.

Rupanya2 kekuatan dan kesihatan minda dan spiritual ini adalah lebih penting dari kekuataan fizikal dan jasad. Malah ianya boleh juga mengawal kekuatan fizikal. Kekuatan minda dan spiritual ini (termasuk motivasi, sifat positif, keyakinan diri, redha, syukur dsbg.) ini sangat-sangat mempengaruhi kekuatan jasad dan fizikal.

Jadi jom kita sama-sama berikan makanan minda dan spiritual yang baik untuk minda, hati dan spiritual kita. Bila minda, hati dan roh (spiritual) kita sihat dan kuat semuanya akan jadi ok. Hidup kita, decision making kita, hala tuju kita, langkah kita, percakapan kita insyaAllah akan jadi ok.

Antara cara yg boleh kita lakukankan ialah :

1. Jangan duk layan benda-benda negatif dalam media sosial termasuklah komen-komen mencarut, menghina, mengeji dsbg atau apa saja yg kita tak suka. Ni tak … tak tahu benda tu kita tak suka lagi lah na baca. Lepas tu jadi down … So bila kita detect sikit je baik delete terus …

2. Bnyk baca buku-buku, artikel atau posting yg memotivasikan kita yang boleh berikan kita positive vibes.

3. Kelilingi diri kita di tempat kerja atau di mana-mana saja dengan orang baik-baik, orang yg suka tolong orang bukannya yang suka mengata orang, orang yang suka bekerja, orang yang positif, orang yg berjaya dsbg. Ni tak … keliling kita ramai yg suka membawang, suka kutuk boss, suka cari salah orang, suka buat bnyk benda negatif.

4. Maafkan semua orang dan maafkan diri sendiri dan keep moving forward. Benda yg dah lepas tak boleh diubah lagi dah. So apa saja yg dah berlaku jangan disimpan untuk makanan minda kita. Makanan yg dah expired contohnya kan tak bagus utk di makan.

5. Dengar benda-benda yang kita rasa bagus saja untuk di dengar. Nasihat, kata-kata motivasi, suara mak (Kalau masih ada mak), suara orang yg kita sayang, suara cinta hati kita, lagu2 yang minda kita boleh terima, ayat-ayat quran dsbg.

Mungkin ada bnyk lagi yang kita boleh lakukan untuk kekalkan kesihatan minda dan spiritual kita seterusnya mengekalkan semangat kerja dan tenaga kita untuk meneruskan hidup.

Kesimpulannya : Kawal apa yang masuk dalam minda kita.

Jangan leka sangat dan lalai dengan facebook dan media online sampai customer masuk dalam kedaipun tak greet customer, tak bagi salam tak mesra langsung. Leka sangat tu sebab kita asyik duk baca dan update sesuatu yg sangat tak memberikan kita aura positif untuk jadi kuat dan bersemangat. Kita sudah jadi tak sihat minda dan nanti badan kita juga jadi tak bertenaga.

Ingat .. we always have a choice!

Wallahu’alam.

Related Post

Leave us a reply

*

*