AGIHAN PEK RAMADHAN UNTUK GOLONGAN YANG MEMERLUKAN

TAWAU_ 1 May 2019 | Beberapa hari lagi Ramadhan akan bersama kita. Serba serbi persiapan telah dibuat oleh sebilangan besar daripada umat Islam termasuklah hidangan istimewa berbuka puasa nanti. Namun tidak sedikit daripada golongan yang kurang bernasib baik akan menjalani bulan ramadhan penuh kekurangan.

PERKALAS@The 3rd Force Sabah seperti tahun-tahun sebelum ini akan berusaha mengadakan Pek Ramadhan dan Pek Syawal untuk mengurangkan sedikit beban golongan memerlukan di bulan Ramadhan. Untuk edaran pek Ramadhan kali ini kami mensasarkan 300 buah keluarga golongan yang memerlukan akan mendapatkan perkongsian ini.

Malam ini kami mulakannya dengan enam keluarga terdiri daripada warga emas OKU, warga emas miskin terpaksa bekerja sehingga larut malam dan si pemungut besi buruk dan botol plastik untuk menyarah keluarganya.

In sya Allah jika ada kelapangan masa akan terus diedarkan oleh sukarelawan kami. Jom rakan-rakan di luar sana mari bersama menyantuni golongan memerlukan ini di bulan suci ramadhan dengan bersama menyediakan pek ramadhan dan Syawal. Sebarang pertanyaan boleh hubungi nombor yang tertera di bawah ini.

Sebarang update aktiviti PERKALAS@TF SABAH boleh ke page rasmi kami 
https://www.facebook.com/perkalas791/

atau anda juga boleh melihat dan subscribe channel Youtube kami di
https://www.youtube.com/channel/UCFEFoI3avYme3ci4vblf0CA

anda juga boleh terus ke page rasmi Raja Shamri

https://www.facebook.com/rajashamri/

JOM JADI ORANG BAIK-BAIK !!!!

“KEBAHAGIAAN UNTUK SEMUA”

KAHAR HUSENG
PERKALAS@TF SABAH
01119560583

30574total visits,62visits today

Related Post

Leave us a reply

*

*