Menelusuri kehidupan Adik Afza yang kini sedang belajar di Pondok Tahfiz di Rantau Panjang Kelantan benar-benar meruntun hati Sukarelawan kita dan semua yg mengikuti kes ini dari dekat. Adik Afza yg kita temui 3 tahun yang lepas tinggal bersama ibunya seorang ibu tunggal yang hanya bekerja sebagai pembantu kedai dengan pendapatan sekitar RM500 sebulan.

Adik Afza adalah pengidap kanser tulang yang sangat ganas di bahagian lututnya dan kisah penderitaan beliau, ketabahan serta pengorbanan siibu bersusah payah utk menghantar adik Afza mendapatkan rawatan telah kita sama-sama kongsikan dulu. Kaki adik afza akhirnya terpaksa dipotong dan Allhamdulillah keadaan seolah kembali pulih.

Adik Afza kembali ke sekolah dengan penuh semangat dan sempat mengambil SPM tahun lepas. Namun tahun ini sel kanser merebak semula di bahagian tulang selangka dadanya. Kemoterapi telah dilakukan banyak kali dan yang terbaru kita diberitahu sel kenser di bahagian tulang selangka masih bertahan tetapi telah makin merebak juga di bahagian paru2 pula.

Kita telah berada di sisi anak yang hebat dan kuat ini dari hari pertama kita menemui beliau sehingga kini menguruskan pengangkutan utk bawa anak ini dari pedalaman ke husm utk dapatkan rawatan dsbg. Kita juga disisi beliau sewaktu kaki beliau di potong menguruskan tanam bahagian kaki tersebut, memberinya semangat dan motivasi.

Abangraja sendiri sentiasa disisi dan keberadaan abangraja adalah sumber semangat luar biasa anak ini utk bangkit melawan kanser. Bagi Afza beliau mahu jadi seperti abangraja biarpun cacat tanpa sebelah kaki namun tak menyusahkan sesiapa dan boleh berjaya.

Awal tahun ini Afza menyatakan hasratnya utk belajar di sekolah pondok tahfiz. Sumbangan kalianlah yg semua membolehkan kita menaja pengajian Afza, yuran bulanan dsbg. Semalam kita bawa Afza utk dapatkan rawatan susulan di hospital.

Sewaktu kak mah Sukarelawan tf rantau panjang menghantarnya pulang ke pondok tahfiz mata ini menatap jauh kedalam wajah anak ini yg seperti bersih sesucinya wajah tanpa dosa. Terdetik di hati biarpah nanti anak ini menjadi saksi dihadapan Allah segala pengorbanan kita, bantuan yang kita hulurkan dan doa kita utknya sebagai asbab utk kita berjiran di syurga nanti.

Afza kata tak nak balik bermalam bulan ni. Bulan depan baru nak balik. Penuh bersemangat beliau memberitahu kami menyatakan kegembiraan beliau berada di pondok tahfiz tersebut. Bagi abangraja sendiri anak ini adalah antara individu yg Allah hantarkan kepada kita.

Bersama kita rebutkan saham akhirat ini selagi terbuka peluang untuknya. Kita doakan anak yang diuji hebat ini sembuh dan dipermudahkan segala2nya. Ujian utk kita juga pastinya.

Jomm jadi orang baik-baik.

We are the thirdforce
Together we are stronger.

Raja Shamri bin Raja Husin
Pasir Puteh Kelantan
11 September 2019
Hp: 017-3872232

Related Post