Assalamualaikum… Allhamdulilah hari ni berkesempatan melawat asnaf di Lubok Stol Rantau Panjang Kelantan.

Kak Suriani bt Mat kiah berumur 50 tahun yang mengidap kecing manis dan buah pinggang.
Disebabkan luka kakinya tidak dapat diselamatkan ,dan perlu dipotong.Pasrah dengan keadaan ,kak suriani menerima kenyataan yang mana kakinya terpaksa dipotong.

Kak suriani merupakan seorang ibutunggal ,mempunyai 6 orang anak.
Tiga lelaki dan tiga perempuan.
Anak yang bongsu dalam darjah 6.
Dua anaknya telah berkahwin dan tinggal di kuala Lumpur.Anak perempuanya yang telah berkahwin tidak berkerja ,manakala suaminya berkerja dipasar raya.

Anak lelakinya yang berkahwin juga berkerja dipasaraya di kuala Lumpur. Walaupun dalam serba kekurangan anak2 kak suriani tidak pernah melupakan tanggungjawab sebagai anak.

Mereka balik menjaga ibu mereka setelah kaki ibunya dipotong, kasih sayang yang ditunjukan oleh anak2 kak suriani begitu mengharukan .
Dalam kedaifan ,masing2 membawa diri mencari rezeki ,anak 2 suriani tidak membiarkan ibunya mengharunginya kesusahan seorang diri.

Jika sebelum ini ,kak suriani hanya menaiki bas seorang diri bila tiba masanya perlu ke hospital di Pasir Mas.Kak suriani perlu mencuci buah pinggangnya 3 kali seminggu.

Kali ini ,tenaga dan pertolongan anak2 diperlukan , memandangkan dia telah hilang sedikit keupayaan setelah kaki kananya dipotong hujung bulan july yang lalu.
Wang bukan segala-galanya ,tapi hidup perlukan wang.Kak suriani yang menerima bantuan JKM sebanyak RM 150 sebulan .

Anak -anak kak suriani pun ada juga memberikan ibu mereka sekadar kemampuan mereka kerana kehidupan anaknya bukanlah senang,tambahan lagi tinggal dibandaraya yang mana kos sara hidup yang tinggi.

Kak suriani sentiasa bersyukur walaupun hidup dalam serba kekurangan,anak -anak tidak pernah lupa tanggungjawab kepada ibunya.Salah seorang anak kak suriani yang mana dahulu berkerja di kuala Kumpur,mengambil keputusan balik berkerja dikampung untuk menjaga emak dan adik perempuan bongsunya.

Hari ini k mah melawat kak suriani dan menyampaikan sedikit sumbagan dari kenalan yang sentiasa prihatin terhadap nasib asnaf – asnaf diseluruh Malaysia dibawah seliaan Thirdforce.

“Jomm Jadi Orang Baik-Baik”

WE ARE THE THIRDFORCE
TOGETHER WE ARE STRONGER

Kak Mah
Sukerelawan thirdforce Rantau Panjang
0129492923
10 september 2019

Attachments

Related Post