Hari ini 2 orang sukarelawan thirdforce turun menziarahi kak Rosniza bagi membantu menguruskan permohonan bantuan JKM.

Kak za yang tak berkerja hanya menjadi suri rumah sahaja sepanjang masa bagi menjaga 7 orang anaknya. Beliau bagitau kami yang dia teringin nak menambah pendapatan mereka sekeluarga. Dulu dia sempat belajar kursus menjahit di Giat Mara tetapi tak sempat dan tak mampu utk menyambung kursusnya disebabkan pelbagai kekangan.

Kak Za sedar yang dia tak boleh kerja di luar memandangkan ada 3 orang lagi anaknya yang masih kecil yqng perlu dijaga. Kak Za teringin utk memulakan kerja menjahit dan kita keluarga besar thirdforce akan sama-sama bantu InsyaAllahh. Kalau ada sesiapa yg ada meain jahit atau nak infaq mesin jahit bagi tahu ya.

Bagi Kak Za katanya dapatlah juga membantu sedikit sebanyak meringankan beban suaminya yang berkerja dengan orang lain sebagai buruh kasar membuat rumah dengan pendapatan yang bergantung dengan keadaan cuaca dan tak menentu.

Hari ini wakil dari pihak JKM Bachok puan Rismauly menghubungi kami untuk sama-sama membantu mengurus permohonan bantuan JKM untuk keluarga Abg Lan.

Thirdforce dan JKM telah berkerjasama hampir 4 tahun lebih dalam membela nasib asnaf sekitar kelantan dan seluruh Malaysia. Di Perlis kita lancarkan thirdforce di bangunan JKM Perlis. Kata abangraja synergy antara thirdforce dan agensi kerajaan ini menjadikan kerja bantuan jadi efisien dan ramai asnaf dapat sama-sama dibantu.

Thirdforce bergerak sebagai pemudah cara dengan membantu meyampaikan maklumat dan mengesan asnaf yang terlepas pandang (atau di ketepikan atas apa saja faktor) oleh pemimpin bawahan terutamanya di kawasan terpencil. Maklumat disalurkan kepada agensi berkaitan dan penggembelingan sumber menjadikan visi abangraja utk sebarkan kasih sayang dapat diperluaskan.

Jutaan terima kasih kita ucapkan kepada wakil JKM bachok puan Rismauly atas kerjasama yang di berikan. Beliau yang dulunya pernah bertugas di JKM Pasir puteh berdekatan thirdforce Hq sentiasa memudahkan urusan kami dalam proses bantuan asnaf. Jkm bersama Pn Rismauly sudah hampir 4 tahun lebih berganding bahu dengan thirdforce dalam kerja-kerja kemanusiaan.

Bila banjir setiap tahun Puan Rismauly dan JKM akan bergabung dengan thirdforce memggerakkan segala aset yang ada termasuk kenderaan 4×4 thirdforce uyk bantu menghantar bantuan kepada mangsa banjir. Jkm bagi barang bantuan thirdforce bantu agihkan.

Keterbukaan hati dan dada pegawai2 jkm seprrti inilah yg menjadikan kerja bantuan asnaf jadi mudah. Kalaulah semua pegawai semua agensi yg terlibat dengan bantuan asnaf ni berfikiran terbuka dan mengenepikan mileage politik dan popularity pastinya kerja bantuan ini akan jadi mudah, seronok dan efisien.

Semoga kerjasama yang erat antara thirdforce dan jkm ini dapat berterusan dalam membela nasib asnaf yang memerlukan bantuan. Abangraja selalu cakap kita semua adalah thirdforce.

Semoga usaha ini mendapat Rahmat dan ihsan dari Allah yang Maha Esa dan menjadi asbab buat kita untuk sama-sama berjiran di syurga Allah nanti. Yang penting ikhlaskan hati kita untuk memburu redha Allah SWT.

Sekarang kita tengah plan bantuan rumah utk kak za ni dan juga abangraja tengah menyusun plan bantuan yg komprehensif serta efisien uyk mereka terutama kesihatan dan pendidikan anak-anaknya.

Doakan ya.
Aamiin….

We are the thirdforce
Together we are stronger

Jom jadi orang baik baik!!!

Adi
Vice President Volunteerism
The 3rd Force Malaysia
0179062522

Related Post

Leave us a reply

*

*