P/s: ingat tak lagi wajah-wajah asnaf yg kalian semua sama-sama bantu dalam gambar-gambar yg disertakan ini.

13 September 2019 | Sempena Sambutan Maal Hijrah 1441 H, The 3rd Force Kuala Krai telah mengadakan program memasak Bubur Asyura di perkarangan Taman Perumahan The 3rd Force Batu Balai.

Program bermula pada jam 5.00 pagi itu turut di sertai oleh Sukarelawan The 3rd Force Kuala Krai dan asnaf-asnaf di bawah seliaan The 3rd Force Kuala Krai yg berada di sekitar kuala krai.

Thirdforce telah membantu lebih dari 300 keluarga asnaf di sekitar kuala krai melalui pembinaan rumah kekal dan sementara mangsa banjir dan asnaf, pembedahan jantung, bantuan memulakan perniagaan, keperluan sekolah, membaiki infrastruktur awam dsbg.

YM Tuan Haji Raja Shamri atau abangraja telah memberikan tumpuan yang besar kepada asnaf dan mangsa banjir di daerah kuala krai dan ini adalah satu rahmat luar biasa untuk kami orang miskin di sini. Visi abangraja utk mempermudahkan kerja bantuan tanpa bnyk protokol dan birokrasi trlah memanfaatkan ramai rakyat krai yg memerlukan bantuan.

Objektif program asyura ini diadakan adalah untuk mengeratkan silatulrahim di kalangan ahli ahli The 3rd Force Kuala Krai dan asnaf-asnaf di bawah seliaan kita. Di samping itu ianya juga dapat mewujudkan kerjasama dalam mengimarahkan lagi Sambutan Maal Hijrah 1441 H dan InsyaAllahh akan diadakan pada setiap tahun kerana program ini dapat mewujudkan perpaduan serta permuafakatan di kalangan sukarelawan The 3rd Force dan juga asnaf-asnaf di bawah selian kita.

Pembangunan dalaman diri asnaf dan sukarelawan adalah antara agenda penting dan sering di sebut oleh abangraja dalam usaha membantu asnaf dan fakir miskin ini.

Taman Perumahan Thirdforce ini juga adalah sebuah penempatan yang diasaskan oleh abang Raja Shamri yg menempatkan asnaf dan mangsa banjir yg tak dapat rumah bantuan kerajaan. Ianya dibina di atas sebidang tanah di kuala krai yg mampu menempatkan 10 keluarga asnaf serta dilengkapi kemudahan sebuah surau.

Siap sepenuhnya pada 2016 Taman Perumahan Thirdforce adalah contoh bagaimana usaha boleh digerakkan bilamana orang awam bersatu hati merebut saham akhirat membina sebuah penempatan untuk golongan miskin tanpa ada apa-apa kepentingan dan margin keuntungan. Kos pembinaan sebuah unit rumah 3 bilik ini dianggarkan sekitar RM30k sahaja bilamana elemen kemanusiaan dan kasih sayang disertakan sebagai antara bahan penting dalam pembinaan menjadikannya jauh lebih tendah utk unit seumpamanya di luar yg boleh mencecah RM70k.

Slogan yg di bawa abangraja jom jadi orang baik-baik telah menyatukan ribuan hati orang baik-baik untuk bersama dalam gerakan kemanusiaan yg masih berjalan dan akan terus tersebar InsyaAllah.

Jommm doakan usaha ini agar dipermudahkan Allah ya.

Sauti dan Ayu
TF Kuala Krai
13 September 2019
Hp: +60199324132

Attachments

Related Post