LAWATAN SUSULAN ASNAF IBU TUNGGAL 3 ANAK YANG MASIH TINGGAL DI RUMAH KOTAK PVC MANGSA BANJIR 2014 SETELAH HAMPIR 5 TAHUN

Telah hampir 5 tahun mereka tinggal di rumah kotak (PVC) tersebut semenjak selepas kejadian banjir terbesar yang melanda kelantan pada tahun 2014. Rumah kotak pvc ini adalah rumah sememtara bantuan mangsa banjir besar 2014 dulu. Disinilah ibu tunggal ini bersama 3 anaknya yg masih bersekolah tinggal semenjak itu.

Saat hujan turun itulah kejadian yang amat di risaukan oleh seorang ibu terhadap anak-anaknya. Habis semua buku2 anak-anaknya akan kena tempias dan basah. Begitu juga pakaian dan makanan apa yg ada.

Mana tidaknya, bila hujan turun saja lantai terus di basahi air hujan kerana atap rumah kotak yang mereka diami telah pun bocor. Rumah kotak ini manalah mampu bertahan utk tempoh lama. Ianya adalah rumah sementara yg dibina utk mangsa banjir seperti kak zura ni.

Pasti siapa yg pernah terlibat membantu mangsa banjir dulu masih ingat rumah2 kotak ini. Bayangkan masih ada yang tinggal dalam rumah PVC tanpa bilik ini, lantai yg rapat ke tanah serta tanpa ciri keselematan yang sepatutnya. Yelah dah namapun rumah sementara.

Tapi macam manalah kita boleh biarkan ada yang sampai hampir 5 tahun dalam rumah macam ni.

Bila hujan turun anak-anak akan berkumpul di penjuru rumah kotak itu sambil melihat ibu mereka lap air yang membasahi lantai. Rumah kotak kecil tanpa bilik tidur ini dan kemudahan tandas serta bilik mandi sangat menyedihkan. Itu lah yang di lalui kak Zura bersama anak-anaknya selama 5 tahun.

Keadaan sekitar rumah kak zura

Dengan keadaan tempat mandi (perigi) berdindingkan atap zink separuh saja di luar rumah kotak tersebut dimana kalau nak mandi pun hmmmmm… Usah kita bicara tentang solat berjemaah, ibadat sunat dsbg jika kita tak boleh membantu saudara kita utk sediakan kemudahan asas yg sepatutnya disaat kita bum bang bum bercakap soal hukum hakam halal haram itu dan ini di atas pentas masjid besar dan gah ada aircond dengan bayaran RM500 sekali tazkirah satu malam.

Kes kak Zura ini telah sebulan lebih kita kongsikan. Kita datang ziarahpun dengan orang kampung jugak setelah kita maklumkan pada pemimpin setempat. Bukan kita redah je. Kita nak tengok respond dari agensi dan pihak berkaitan tapi takde apa2 juga yg berlaku nampaknya.

Takpelah. Usah bicara kan salah dan kelemahan orang. Kita rebut peluang buat pahala ini.

Benarlah kata Halim Yazid dalam lagu dikir barat beliau… Bila sesok so karo lalat sekor toksir hinggap (bila kita miskin lalatpun tak nak datang dekat).

Sabarpah duhai ibu.
Sabarlah duhai anak.
Maafkan kami.
InsyaAllahh kami datang dengan islam dan kasih sayang.

Itulah kata kata abangraja kepada sukarelawan tadi utk di sampaikan kepada kak zura. Kata abangraja, inilah kerja dakwah yang sebenar. Tak semestinya pung pang pum pang halal haram sana sini. Sebarkan kasih sayang. Berikan ukhuwah dan kehidupan. Itulah kerja dahwah nabi yg nabi ajar.

Abang Raja selalu minta sukarelawan follow up kes kak zura dengan anak-anaknya. Kami tengok abangraja macam selalu gelisah bilamana ada ibu tunggal dengan anak-anak yg terbiar hidup serba dhaif terutama anak yatim. Disebabkan para sukarelawan kita sibuk dengan urusan kerja masing-masing baru semalam kami dapat ziarah semula kak zura sambil menyampaikan kiriman sumbangan dari keluarga thirdforce.

Setelah sebulan lebih kami dan Abang Raja teliti masalah Kak zura ni. Dengan masalah tanah rizab KTM susah nak buat rumah, Permohonan untuk bantuan rumah pun kak zura kata dah selalu minta namun tiada apa2 yang kak zura dapat dari pelbagai penjuru bantuan dari pihak yang berkaitan.

Kita di fahamkan rumah bantuan mangsa banjir dulu diluluskan atas nama mak kak zura jadi kak zura dan anak-anak tak dapat bantuan tersebut walaupun sepatutnya atas ehsan dan kemanusiaan bagilah jugak kat beliau. Kak zura bagi tahu dia juga bnyk kali memohon bantuan dari mereka yg berkenaan utk baiki rumah kotak ini sbb dah nak roboh dah dan tiris merata rata tapi tak pernah ada apa2 jawapan setelah hampir 5 tahun merayu walaupun sekeping zink.

Kadangkala di suruhnya pula isi borang dan hantar semula. Berapa kali hantar borang pun tak tahulah.

Kita pakat2 bantu sajalah ya. Ayuhhh keluarga besar thirdforce. Ladang pahala lagi ni. Jommmm bantu.

Bagi Abang Raja dan kita semua, kita cuma kesiankan ibu tunggal ini dan anak-anaknya terutamanya anaknya yang kecik(bongsu).

Untuk sementara ini, Abang Raja bercadang mempelawa mereka duduk di penempatan thirdforce batu balai. Perumahan thirdforce yang kita bina dulu utk fakir miskin. Setelah kami sampaikan cadangan ini kepada kak Zura, beliau pun amat bersetuju. Tapi dia perlukan sedikit masa untuk selesaikan beberapa perkara. Sekolah anak dia dsbg.

Kak zura hanya mampu buat kerja kampung ambik upah toreh getah saja dengan pendapatan yang bergantung kepada keadaan cuaca. Warganegara Malaysia ni. Bukan PATI. Sekarang dia terpaksa berjalan kaki sejauh 5 km ke ladang getah kerana motosikal beliau mengalami kerosakan bahagian enjin yang mana perlukan kos yang tinggi untuk baiki. Yang nipun kita pakat2 bantu ya.

Semoga dengan pelawaan abangraja dan keluarga besar thirdforce untuk kak zura anak beranak tinggal di perumahan thirdforce dapat memberi sinar baru buat mereka. Kita bina lagilah penempatan thirdforce utk fakir miskin ni nak tak. Sedihnya ya Allahhh bila jumpa kes macam ni.

Apa kita nak jawab dgn Allah nanti.

Nantikan update dari semasa kesemasa kes kak zura yang seterusnya ya. Kita boleh baiki rumah kotak ini ataupun cari lokasi yg sesuai buat rumah yg sesuai utk mereka macam biasa kita buat sebelum ni pada asnaf lain.

Hubungi abangraja 0173872232 atau PM ke inbox facebook page ini untuk turut sama-sama membantu.

Jommm jadi orang baik-baik

We are the thirdforce
Together we are stronger

Junaidi dan Yoe
11.09.2019
Manik Urai Lama
Kuala Krai.
H/p : 0179062522 Adi
H/p : 0145097395 yoe Laloh.

Attachments

Related Post