Semalam kita berkesempatan melawat keluarga ismail dan rozita ibubapa adik izra yang kita semua bantu untuk memasuki UMT pada awal bulan yang lalu bersama sahabat seperjuagan yang datang dari jauh yang ingin membantu sekadar kemampuan kami.

Sahabat thirdforce dari kuala Lumpur ini sempat mencuri masa dan memandu sendiri dari kuala Lumpur ke Rantau Panjang untuk melihat sendiri kisah-kisah masyarakat yg kita kongsikan. Gelombang mengajak orang ramai jom jadi orang baik-baik yg di asaskan abangraja Allhamdulillah disahut oleh orang baik-baik dari seluruh negara.

Niat asal kami hanya ingin melawat dan bertanya khabar tentang kluarga ini dan sambil berbual kami berdua sempat memerhati keadaan rumah ini.

Kami bertanya dimana tandas? Kami nak ketandas…. dengan tersipu2 malu ,ibu kepada adik izra menjawab kat belakang… k mah bangun dan kedapur tapi tak jumpa tandas. Dalam hati berkata mungkin kena keluar kot…tapi bila keluar amat2 terkejut kami …..

Ya Allah tandasnya jauh dibelakang rumah yang mana jaraknya lebih kurang 500 meter dari rumah. Kami terfikir bila malam serta hujan bagaimana anak2 hendak ketandas?Selamat ke anak remaja perempuan macam izra dan adik perempuanya hendak ketandas.

Dengan kerja kampung yang berpendapatan sekitar rm 700 sebulan mana mungkin keperluan ini dapat dibuat pada masa terdekat. Bilik2 tidor juga tidak berpintu , tidak berapa selamat untuk anak perempuan yang sedang meningkat dewasa.

Keluarga ini pernah meminta bantuan dari pihak yang berkaitan dikampung untuk sedikit bantuan membaiki rumah tapi mereka dimaklumkan mereka tidak layak kerana rumah yang didiami sekarang rumah batu kata mereka.

Kami mendengar rintihan keluarga ini bahawa rumah yang keluarga ini diami sekarang memamglah rumah batu dan ianya dibuat sendiri oleh bapa izra semasa dia mendapat pampasan dalam satu kemalangan pada beberapa tahun yang lalu. Rm7000 yang didapati itulah digunakan untuk membina sebuah rumah untuk mereka sekeluarga berteduh.

Rumah batu serba dhaif dgn nilai RM7000 tak berplaster, tanpa bilik air dan bilik yg sempurna inilah yg dijadikan alasan oleh pihak berkenaan utk menafikan bantuan. Padahal hakikatnya keluarga ini tinggal di rumah berdinding buluh rumah asal keluarga ini sebelum rumah itu runtuh.

Kami bertanya berapa kos yang diperlukan andai kata ada penyumbang yang ingin membantu. Bapa izra berkata dia boleh buat sendiri dengan bantuan anak2 dan isteri.Rumah yang mereka diami sekarang ini pun hasil dari mereka anak beranak juga buat sikit sikit.

Kami cuba membuat anggaran untuk membuat tandas dan membaiki dapur,serta pintu2 bilik dan jendela.

Barangan yang diperlukan zink, pasir , semen,besi , mangkuk tandas dan semua alat2 itu dalam anggaran rm6000, memandangkan mereka boleh bina sendiri. Kami terangkan kepada keluarga ini kami tidak berjanji apa2 tapi andai ada rezeki ,InshaAllah kita pakat2 tolong.

Abangraja selalu berpesan agar kita jangan sesekali janji kan apa2 dengan asnaf tapi kita pakat rebutkan peluang buat pahala kerana semuanya adalah utk saham akhirat kita sendiri.

Harapan kami semoga impian keluarga ini untuk memiliki sebuah rumah yang sempurna terutama dari segi keselamatan anak-anak akan menjadi kenyataan. Abangraja sendiri kalau bab keselamatan dan kesihatan anak-anak, pendidikan dan tempat berteduh beliau sangat sensiti dan prihatin.

Bukan rumah yang cantik dan gah tersergam indah impian keluarga ini cukuplah dengan sempurnanya keperluaan asas dan selamat untuk mereka sekeluarga.

Jom Sama2 kita rialisasikan “rumahku syurgaku “ untuk keluarga ini. Mereka tidak pernah meminta2 untuk membaiki rumah ini, tapi kami yang terpanggil untuk membantu keluarga ini.

“Tak payah laa baiki rumah kami”… itulah yang keluar dari mulut pasangan suami isteri ini….. “ malu laa… “katanya. Abangraja dan thirdforce bantu izra pun kami dah terharu dan tak dapat kami nak balas,” kata kak rozita. jutaan terima kasih kepada semua yang membantu dan Allah saja yang mampu membalasnya sambung beliau lagi.

Itulah kata2 yang keluar dari mulut ibu izra sambil meyapu air mata yang keluar tanpa disedari.

Jom jadi orang baik2

We are the thirdforce
Together we are stronger

Kak Mah
thirdforce Rantau Panjang
0129492923
17 sept 2019
17092019

Attachments

Related Post