TAWAU_ 15 SEPTEMBER 2019 | Berdamping dengan masyarakat yang tersisih, diremehkan dan si miskin yang tak punya, adalah satu terapi yang boleh mengubat timbunan keresahan yang bersarang di hati. Setiap hari kita disibukkan dengan pelbagai macam tugasan yang sebilangan besar merangkumi hal perut, duit, kedudukan, pangkat dan pengaruh. Sehingga kita semakin lupa tujuan utama Allah memberikan kita pelbagai keistimewaan berbanding orang lain.

Terkadang terasa bosan dan letih menghadapi topeng-topeng manusia setiap hari dengan pelbagai ragam tipu daya untuk mencapai ambisi masing-masing. Sedih melihat itu semua berlaku dalam kalangan bangsa kita dan seagama kita. Namun itulah hakikat dunia yang jelas sebuah pentas tipu daya untuk anak Adam.

Mungkin ada betulnya ungkapan yang mengatakan keadilan itu hal yang paling sedikit diturunkan Tuhan di dunia ini. Semua ini untuk menguji kita. Rasanya telah tiba masa untuk kita lebih memikirkan dan bertindak ke arah yang lebih positif. Jadilah manusia yang lebih manusiawi kepada sesama makhluk Tuhan. Salah satunya terus berbagi kebahagiaan dan berkongsi rasa kepada golongan yang memerlukan kepedulia kita semua.

Terima kasih kepada semua rakan-rakan yang masih percaya bahawa berkongsi rezeki adalah satu terapi mujarab untuk bahagia. Jom terus sebarkan keceruk negeri ini. Percayalah anda tidak akan pernah bersendirian menyebarkan gelombang kebaikan selagi niat utama anda adalah mencari redhaNYA.

Sebarang update aktiviti PERKALAS@TF SABAH boleh ke page rasmi kami
https://www.facebook.com/perkalas791/

atau anda juga boleh melihat dan subscribe channel Youtube kami di
https://www.youtube.com/channel/UCFEFoI3avYme3ci4vblf0CA

anda juga boleh terus ke page rasmi Raja Shamri

https://www.facebook.com/rajashamri/

JOM JADI ORANG BAIK-BAIK !!!!

“KEBAHAGIAAN UNTUK SEMUA”

KAHAR HUSENG
PERKALAS@TF SABAH
01119560583

Attachments

Related Post