PROGRAM MERAIH CINTA ANAK-ANAK SYURGA

TAWAU_ 1 OKTOBER 2019 | ….”Keutamaan ialah suatu kesenian di dalam mencapai kebahagiaan diri sendiri dengan jalan membahagiakan orang lain” Prof. Hamka.

Satu kepuasan rasanya jika dapat menjadikan diri berguna kepada orang lain. Lebih-lebih lagi kepada golongan yang kurang mampu. Melihat senyuman mereka menghilangkan segala penat lelah di tubuh. Senyuman itu senyuman yang sangat tulus tidak sedikitpun terkandung nista dan hipokrit.

Petang ini sekali lagi Allah bagi peluang para sukarelawan PERKALAS @The 3rd Force Sabah bersama anak-anak yang sebilangan besar adalah dari golongan keluarga miskin. 250 kon aiskrim berjaya diedarkan. Sebenarnya ada rasa sebak apabila melihat raut wajah anak-anak ini apa lagi apabila melihat dipersekitaran tempat tinggal mereka.

Kebanyakan daripada mereka adalah anak-anak berketurunan Suluk dan Bajau. Mereka tinggal di pondok-pondok buruk di sekitar tapak agihan. Masa kecil mereka penuh liku ujian dunia membuat mereka tumbuh membesar sebagai anak yang sedikit kasar berbanding anak-anak lain. Mereka ini ialah anak-anak mangsa kebakaran pada 2017 lalu. Soal pendidikan mereka itu kisah yang sangat panjang.

Sebenarnya aiskrim itu hanya sebatas jembatan untuk lebih mengenali anak-anak ini. Berziarah ke sini setiap bulan melihat perkembangan anak-anak ini cukup menginsafkan diri. Jujur kami banyak belajar tentang ketabahan anak-anak ini menjalani dengan tulus ujian hidup yang mereka hadapi.

Sebarang update aktiviti PERKALAS@TF SABAH boleh ke page rasmi kami
https://www.facebook.com/perkalas791/

atau anda juga boleh melihat dan subscribe channel Youtube kami di
https://www.youtube.com/channel/UCFEFoI3avYme3ci4vblf0CA

anda juga boleh terus ke page rasmi Raja Shamri

https://www.facebook.com/rajashamri/

JOM JADI ORANG BAIK-BAIK !!!!

“KEBAHAGIAAN UNTUK SEMUA”

KAHAR HUSENG
PERKALAS@TF SABAH
01119560583

Attachments

Related Post

Leave us a reply

*

*