TAWAU_ 2 OKTOBER 2019 | Alhamdulillah sekali lagi diberi kesempatan untuk sukarelawan PERKALAS@TF SABAH berkongsi rezeki kepada golongan yang kurang bernasib baik. Bantuan ini tidak banyak sekadar barangan keperluan asas namun sedikit sebanyak diharap dapat mengurangkan beban kos hidup mereka.

Ketika sukarelawan tiba di pondok mereka, si ibu tengah menampal baldi yang bocor. Sungguh hati terasa sayu melihat ini. Ditambah keadaan kediaman mereka yang sangat sulit untuk membayangkan tinggal di sini. Dinding pondok mereka hanya separuh tertutup bertujuan agar udara boleh menyejukkan mereka di dalam pondok. Semoga Tuhan sentiasa melindungi mereka dan membuka rezeki mereka agar boleh keluar dari kepompong kemiskinan.

Sebarang update aktiviti PERKALAS@TF SABAH boleh ke page rasmi kami
https://www.facebook.com/perkalas791/

atau anda juga boleh melihat dan subscribe channel Youtube kami di
https://www.youtube.com/channel/UCFEFoI3avYme3ci4vblf0CA

anda juga boleh terus ke page rasmi Raja Shamri

https://www.facebook.com/rajashamri/

JOM JADI ORANG BAIK-BAIK !!!!

“KEBAHAGIAAN UNTUK SEMUA”

KAHAR HUSENG
PERKALAS@TF SABAH
01119560583

Related Post

Leave us a reply

*

*