Sudah hampir 2 tahun tak ziarah Ayah Soh setelah kita menyiapkan sebuah rumah utknya satu ketika dulu. Ayah Soh yang ketika kita temui hidup serba dhaif dalam pondok uzurnya tanpa bekalan letrik selama lebih 6 bulan pada masa itu.

Perkataan pertama yg disebut tadi bila bertemu beliau ialah Ya Allah. Baru malam tadi tersebut nama kalian semua. Kita semualah tu pastinya.

Sumbangan kalian semua telah merealisasikan kerja kemanusiaan kita ini bilamana kita telah bina sebuah rumah dengan tandas dan bilik air yg selesa dan selamat. Masa kita temui Ayah Soh dulu beliau terpaksa berulang alik ke surau utk mandi dan buang air kerana pondok usangnya tak ada bilik air.

Ayah Soh warga emas berusia 80 tahun tinggal berdua dengan isterinya. Berkali kali beliau mengesat air mata dan Kadang-kadang nafasnya jadi tersekat sekat terlalu gembira dengan kedatangan kita. Saya sampaikan amanah kalian semua berupa kiriman zakat, beras fidyah dan ssdekah.

Semoga Allah kekalkan kita dalam rahmatnya insyaAllah.

Jomm jadi orang baik-baik.

We are the thirdforce
Together we are stronger

Related Post

Leave us a reply

*

*