Semalam diizinkan Allah untuk hadir menziarahi Adik Afza dan mudir serta para pelajar Pusat Pengajian Tahfiz Darul Riyadh di Rantau Panjang Kelantan. Inilah tempat dimana kita tempatkan Adik Afza untuk mendalami Al Quran seperti yang dimintanya. Ada seramai lebih kurang 70 orang pelajar disini dengan umur termuda ialah 7 tahun.

Ketibaan kami semalam di sambut dengan hujan lebat dan saya diberi kesempatan untuk berkongsi cerita bersama anak-anak hufaz tentang perjalanan hidup ini. Saya sentuh tentang peri pentingnya memiliki hati yang baik kerana setiap detik hati kita semuanya Allah dengar Allah tahu.

Berkenalan dengan warga Tahfiz Darul Riyadh benar-benar menjadikan diri begitu kerdil. Perasaan cemburu menerpa benak sanubari bilamana tiada peluang diri ini untuk berada ditempat mulia sepertinya sepenuh masa mendalami Al Quran. Terasa membuak buak perasaan malu dan mahu berada dikalangan kelompok anak-anak Hufaz ini mendalami ilmu agama dan Al Quran seperti mereka.

Darul Riyadh kini adalah sebahagian dari keluarga besar thirdforce menyertai senarai pondok Tahfiz lain seperti Manabiul Ulum di Batu 10 Lekir, At Tarmizi di Pasir Puteh, Pusat Pengajian Ibnu Razak di Jempol, Sekolah Rendah Islam Darul Furqan (SRIDAF) di Besut dan banyak lagi.

Ianya adalah antara cabang potflolio pembangunan pendidikan Islam yang saya ujudkan sebagai bahagian penting kemana sumbangan kalian semua kita salurkan setakat termampu seadanya agar menjadi jariah berpanjangan kita semua saham akhirat kita selamanya.

Bilamana saya dilabel kafir dan liberal, munafik dan sebagainya maka sirah perjuangan Rasulullah akan sentiasa menjadi pedoman dan rujukan untuk mendamaikan hati. Rupa2nya ini sunnah perjuangan.

Sesungguhnya Islam itu akhlak dan adab. Kasih sayang dan hormat. Ianya digariskan dengan jelas oleh nabi dan ulamak. Bagaimana dan apa yg harus kita lakukan, kita bicarakan, kita tonjolkan bila berbeza pendapat dan khilaf. Saya tak pernah masuk facebook orang kutuk kaw kaw bila tak setuju dan berbeza pendapat. Maki hamun sumpah seranah tak pernah saya keluarkan baik semasa berceramah mahupun di media sosial.

Kerana apa yg saya belajar Islam itu akhlak dan kasih sayang.
Kalau ada khilaf saya diamkan sahaja dan hanya menulis di facebook saya. Kerana khilaf, berbeza pendapat itu semua Allah juga yang buat.
Takfiri dan khawariz juga Allah yang buat.
Walaupun sehingga terkorbannya khalifah Usthman r.a.

Sabda rasulullah Saw ..

سَيَأْتِي عَلَى النَّاسِ سَنَوَاتٌ خَدَّاعَاتٌ؛ يُصَدَّقُ فِيهَا الْكَاذِبُ وَيُكَذَّبُ فِيهَا الصَّادِقُ وَيُؤْتَمَنُ فِيهَا الْخَائِنُ وَيُخَوَّنُ فِيهَا الْأَمِينُ وَيَنْطِقُ فِيهَا الرُّوَيْبِضَةُ…

.“Sesungguhnya,akan datang kepada manusia tahun-tahun yang sangat menipu. Para pendusta pada zaman itu dianggap sebagai orang yang jujur, sementara orang yang jujur dianggap pendusta. Para pengkhianat pada zaman itu dipercayai, sementara orang-orang yang amanah dianggap pengkhianat.

Pada zaman itu pula Ruwaibidhah banyak berbicara…”

قِيلَ… وَمَا الرُّوَيْبِضَةُ ؟ قَالَ:..

Ditanya kepada Nabi Saw.. Siapakah kelompok Ruwaibidhah? jawab nabi..

الرَّجُلُ التَّافِهُ يَتَكَلَّمُ فِي أَمْرِ الْعَامَّةِ…

“Orang Bodoh yang membicarakan urusan manusia(Masyarakat/Politik)…”

Akhirnya Allah akan tunjukkan dan gerakkan hati dan keputusan kita, haluan dan pilihan kita. Tak mengapa apapun yang penting kasih sayang dan ukhuwah kita, adab dan akhlak kita menjangkau perbezaan ini. Inilah yang tak terjadi dalam kehidupan kita. Ketaksuban melampau kita menjadikan kita sangat mudah melabel orang, mengeluarkan kata2 kesat dsbg dalam facebook orang sewenang wenangnya tanpa ada rasa malu, bersalah dsbg. Malah kita menulis dengan penuh geram dan marah, taksub dan extream luar biasa.

Jaga diri jaga hati. Jaga solat jaga ibadat.
Sempurnakan hak
Laksanakan muamalat …
ada ramai orang miskin yang perlu kita sama2 santuni.
Ladang pahala untuk kita rebutkan
Bukan untuk cari salah saling tuding jari tuduh menuduh.
Bersama kita lakukan setakat yg kita mampu pada kapasiti kita.

Jaga solat berjemaah kita dan anak-anak kita.
Masjid kita masih sunyi waktu subuh dan isyak

Jaga tahajud dan dhuha kita dan anak-anak kita.
Jenguk2lah jiran kita yang tak makan, rumah orang kampung kita yang dhaif sangat dah tu, anak-anak jiran kita yg menangis nakkan susu.

Tunaikan hak orang2 yg terdekat dengan kita dulu. Jaga Quran kita dan anak-anak kita. Bacaaanya, kefahamannya. Hafal hadis 40 untuk diri. Pastikan anak-anak kita juga sama. Selawat untuk nabi setiap hari beribu kita dan anak2 kita lakukan. Sedekah kita untuk agama dan untuk masyarkat. Jaga lidah kita dan akhlak kita dan anak-anak kita.

Lepas tu baru kita cakap pasal berjuang untuk agama.
InsyaAllah … Islam pasti terbela.

Semuanya tentang kita
Bukan tentang orang.

Semoga Allah ampuni kita.

Wallahu’alam.

RAJA SHAMRI BIN RAJA HUSIN
Casa De Raja
Pasir Puteh, Kelantan.
2 Safar 1441

Attachments

Related Post

Leave us a reply

*

*