Menyantuni keluarga Abang Din bersama isteri dan anak-anaknya yang masih kecik di rumahnya yang serba dhaif di mana beliau juga menjaga mertuanya seotang nenek tua yang uzur menjadikan hati serba salah semalam.

Abangraja mendapat perkhabaran kes ini dari Sukarelawan thirdforce Ketua Kampung Abe Ise telah lama namun abe Ise bagi tahu agar abangraja tumpukanlah bantuan di tempat lain dulu kerana sebulan dua ini kita ada bnyk juga kes kes lain yang tidak kurang dhaifnya.

Namun kehadiran abangraja semalam bersama adik-adik sukarelawan dalam program Street Dakwah Thirdforce benar-benar menjadikan hati serba salah. Patutlah selepas asar semalam hati rasa membuak-buak untuk datang ke kampung ini.

Abang Din ada 4 orang anak kecil 3 darinya bersekolah. Anak yhang sulung Tingkatan 1 dan selebihnya di sekolah rendah. Isterinya tak bekerja. Abang Din bekerja kampung sebagai buruh binaan dengan pendapatan tak menentu. Abang Din penduduk asal kampung ini anak tempatan dan rumah yang didiami yang uzur sangat ini adalah peninggalan orang tuanya.

Ada hamba Allah telah berikan sedikit sumbangan untuk Abe Ise sukarelaswan thirdforce yang lead kes ini bantu baiki rumah ini. Namun ianya jauh dari cukup untuk sediakan sebuah rumah yang mesra syaiah ada bilik tidur asing untuk ketua keluarga, anak lelaki dan perempuan. Usaha Abe Ise terbantut dan Abe Ise juga tak sampai hati untuk memberitahu abangraja sebab baginya abangraja juga sedang mengusahakan banyak juga kes2 lain yang juga sangat dhaif dan perlukan bantuan segera.

Namun setelah abangraja hadir sendiri semalam melihat sendiri kehidupan keluarga ini rasanya tak patutlah kita tangguhkan lagi sebab musim hujanpun dah hampir tiba. Kita perlu ikhtiarkan secepat mungkin menyiapkan rumah kecil ini. Sekarang ni rumah ini tingkap dan pintupun tak ada, dindingpun tak boleh nak plaster luar dalam dan bilik untuk anak perempuan lelaki juga belum siap.

Abangraja sangat concern tentang solat dan syariat bilamana jika ruang dan kemudahan untuk beribadatpun tak ada mana mungkin kita nak bercakap soal hukum hakam dsbg. Justeru rasanya kita pakat2 usahaka agar kita dapat sediakan tempat berteduh yang selesa unruk mereka apatah lagi ada nenek tua ibu mertua abang Din yang uzur dalam rumah ini.

Kisah Abang Din yang menjaga mertuanya nenek tua yang uzur di rumahnya yang serba dhaif ini benar-benar menhentak benak hati ini. Tak ramai antara kita yang Allah pilih untuk berbakti seperti itu pada seorang ibu mertua. Abang Din adalah antara secebis kisah masyarakat yang berusaha sehabis daya bekerja apa sahaja yang termampu mungkin nasib dan rezeki belum menyebelahinya.

Untuk kita keluarga besar thirdforce jomm kita bantu siapkan rumah ini. Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam usaha menyebarkan kasih sayang ini. Whatsapp abangraja 017-3872232 untuk detail bagaimana boleh kita sama2 membantu atau PM sahaja ke inbox FB Page ini ya.

Selebihnya kita serah pada Allah untuk menilai dan menerimanya.

Doakanlah agar usaha ini dipermudahkan.
InsyaAllah …

WE ARE THE THIRDFORCE
TOGETHER WE ARE STRONGER

Raja Shamri bin Raja Husin
Casa De Raja, Pasir Puteh KELANTAN
3 Safar 2019

Attachments

Related Post

Leave us a reply

*

*