Tanah pusaka sekangkang kera tergadai di tipu orang. Nenek meniti sisa usia menumpang di rumah menantu yang hampir roboh. Sakit kaki kanan akibat kemalangan membataskan pergerakan nenek. Rumah menantu tanpa bilik dan bilik air didiami dengan penuh rasa hiba. Hanya cucu cucu yang masih kecil menemani nenek.

Barangkali doa nenek telah menggerakkan penduduk langit utk membawa kaki yg sebelah ini ke rumah dimana nenek tumpang berteduh semalam. Rumah Abang Din menantu nenek di Pasir Puteh Kelantan.

Maafkan kami nenek. Maafkan kami kerana lambat menghulurkan bantuan dan kasih sayang utk kalian semua. InsyaAllah kita kembalikan Islam kembalikan ukhuwah utk nenek dan abang Din serta cucu cucu nenek.

Jommm saham akhirat seterusnya. Kita bantu sediakan tempat berteduh patuh syariah utk Abang Din menantu nenek dan cucu cucu nenek yang masih kecil.

Whatsapp abangraja 017-3872232 atau pm ke inbox Facebook page abangraja ini untuk detail bagaimana boleh sama-sama membantu.

InsyaAllah.

We are the thirdforce
Together we are stronger

RAJA SHAMRI BIN RAJA HUSIN
Kampung Gong Datuk
Pasir Puteh Kelantan.
3 Safar 1441

Attachments

Related Post

Leave us a reply

*

*