Perpustakaan SK Limau Kasturi

Project Detail

  • Categories
  • Project Plan
    Perpustakaan kecil kami diberi nama Pustaka Harun Salim Bachik, bersempena lakonan allahyarham dalam sebuah drama Melayu bertajuk Cikgu Limau Kasturi. Drama tv yang mengisahkan perjuangan seorang guru yang ditukarkan ke pedalaman, berusaha menegakkan hak anak-anak untuk datang ke sekolah

LIMAU KASTURI– Laporan dari SK Limau Kasturi oleh Saudara Latfy : Program Bantuan Naik Taraf Perpustakaan SK Limau Kasturi Yang Terjejas Akibat Banjir 2014.

#LimauKasturi
(Scroll down for Bahasa version)

Today I am privileged to visit Sekolah Kebangsaan Limau Kasturi to set up a small library for its hostel. There are about 300 primary (age 7 to 12) students attending the school, with some 80 of them staying in the hostels.

Our library is called Pustaka Harun Salim Bachik (with blessings from HSB’s family), to commemorate the late actor’s performance in the Malay drama entitled Cikgu Limau Kasturi, a moving story about the struggle of a teacher–who was relocated to a very remote school in Kelantan–in upholding children’s rights to attend school (one of my favourites Malay drama).

The idea of a library is to provide windows to children, so they can see beyond their limiting current situations. A library can give insights to places they can be, access to what they can become, and can be a place where they can imagine real things.

What’s more than education, if it isn’t HOPE.

Thank you donors, for making this small room today a space bigger than what it may become tomorrow.

May Allah blesses you unthinkable abundance, peace and happiness.

#jomjadiorangbaikbaik

Hari ini saya bersyukur kerana diberi peluang untuk melaksanakan amanah penderma membina sebuah perpustakaan kecil untuk asrama Sekolah Kebangsaan Limau Kasturi. Seramai 300 pelajar bersekolah rendah di sini, di mana lebih kurang 80 daripadanya tinggal di asrama.

14543777_10157526931525134_844700164244662618_oPerpustakaan kecil kami diberi nama Pustaka Harun Salim Bachik, bersempena lakonan allahyarham dalam sebuah drama Melayu bertajuk Cikgu Limau Kasturi. Drama tv yang mengisahkan perjuangan seorang guru yang ditukarkan ke pedalaman, berusaha menegakkan hak anak-anak untuk datang ke sekolah (antara drama tv yang saya sukai).

Sebuah perpustakaan boleh menjadi tingkap untuk anak-anak, agar jangkauan penglihatan mereka melebihi tahap keadaan semasa. Perpustakaan boleh memberi mereka wawasan kemampuan yang boleh diterokai, kunci kepada apa yang mereka boleh capai serta tempat berkhayal ke arah yang sebenar.

Apa lagi yang lebih penting dari pengetahuan, kalau bukan HARAPAN?

Terima kasih Tuan Puan penderma, kerana sebab anda, bilik kecil ini mampu menjadi ruang
yang lebih besar daripada apa sahaja yang difikirkan pada masa hadapan.

Semoga Allah mengurniakan anda rezeki dari sumber yang tidak disangka-sangka, sebaik kesejahteraan dan segala kebahagiaan.

#jomjadiorangbaikbaik

Latfy Anuar Latif
Creative Arts Director
The 3rd Force

2495total visits,1visits today

Related Post

Leave us a reply

*

*