Villa Syurga Nenek Fatimah

Project Detail

Tualang Rendah: The Thirdforce bersama-sama dengan pengawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah menyantuni seorang warga emas yang tinggal di pondok usang seorang diri di kampung tualang Rendah, selising.pengasas 3rd Force  Raja Shamri Raja Husin berkata, Sejurus selesai bersama Pak Lah thirdforce petang ni bersama pegawai JKM mengunjungi seorang lagi asnaf OKU yang hidup seorang diri dalam pondok yang sangat uzur,

beliau ialah Nenek fatimah yang cacat sejak lahir serta tidak pernah berkahwin dan hanya ada 2 orang adik beradik. beliau anak sulong dan kini tinggal dirumah sendiri yang dibina diatas tanah milik adik ipar…

Nenek fatimah kini berumur 63 tahun telah menetap dirumah tersebut sejak 30 tahun yang lalu. Keadaan rumah yang sangat uzur ini dengan keadaan nenek yang tidak boleh berjalan di sebabkan kecacatan pada kakinya menjadikan kami semua terkedu dan tidak boleh berkata kata.

tambahnya lagi Nenek penerima bantuan bulanana JKM tetapi tiada peruntukan untuk pembinaan rumah untuk kes asnaf sebatang kara seperti ini. melihat keadaan rumah nenek yang begitu daif, pihak 3rd Force telah melancarkan serta-merta pembinaan Villa Syurga untuk Nenek Fatimah. di akhir pertemuan itu, abang Raja mengajak semua warga Thirdforce diluar sana bersama-sama merebut saham akhirat masing-masing.

“Saya dengan ini melancarkan segera pembinaan Villa Syurga nenek fatimah di kampung tualang rendah bersempena hari jumaat yang mulia ini.” Raja Shamri

Semoga Allah permudahkan segala urusan kita dan sentiasa lindungi kita dalam rahmatnya insyaAllahh …

Jommm jadi orang baik-baik.

609total visits,1visits today

Related Post

Leave us a reply

*

*