Fulltime Volunteers

Project Detail

  • Categories
  • Project Plan
    Bagaimana pula jika jadi sukarelawan? Bagi kami yang dah pledge untuk infaq usia kami ke jalan Allah membantu mereka yang memerlukan ini rasanya tak ada istilah cuti melainkan sakit, ada kenduri, tak larat ataupun ada kecemasan. Semalampun adik-adik sukarelawan ni bekerja rupanya. Saya ingatkan mereka cuti sempena Maulidurasul tapi ada ramai yg bertugas tanpa pengetahuan saya. Petang semalam baru tahu mereka semua bekerja juga setelah mereka berkumpul di rumah saya sebelum pulang ke rumah masing-masing.

Salam semua dan selamat pagi.Masih ada yang bercuti? Pastinya ada yang juga sedang bekerja hari ini walaupun ramai juga yang mengambil peluang untuk menghabiskan cuti tahunan masing-masing.

Bagi yang bekerja sendiri macam saya ini tak ada lah cuti rasanya. Orang makan gaji bila cuti biasanya mereka akan tinggal semua kerja dan purely bercuti tetapi bagi businessman atau business owner biarpun mereka bercuti tetapi mereka tetap bawa bersama kerja2 di pejabat, client, project itu dan ini dan sebagainya.

Bagaimana pula jika jadi sukarelawan?

Bagi kami yang dah pledge untuk infaq usia kami ke jalan Allah membantu mereka yang memerlukan ini rasanya tak ada istilah cuti melainkan sakit, ada kenduri, tak larat ataupun ada kecemasan. Semalampun adik-adik sukarelawan ni bekerja rupanya. Saya ingatkan mereka cuti sempena Maulidurasul tapi ada ramai yg bertugas tanpa pengetahuan saya. Petang semalam baru tahu mereka semua bekerja juga setelah mereka berkumpul di rumah saya sebelum pulang ke rumah masing-masing.

Wahhh … that’s great!

Alhamdulillah saya di datangkan dengan anak-anak muda dari pelbagai bidang graduan IPT yang sanggup untuk infaq usia masing-masing jadi fulltime volunteers dan pada masa yang sama membantu saya dalam kerja-kerja Perunding Latihan dan motivasi.

Dalam meeting beberapa hari lepas dan juga selalu saya sebut dalam ucapan saya di program pembangunan usahawan dan sebagainya … saya selalu kata ada 2 jenis pekerja. Pertama yang nak duit, kedua yang nak bekerja. Orang yang nak duit mereka hanya nampak duit dan gaji mereka sahaja. Mereka akan jadi sangat berkira untuk kerja lebih waktu, kalau gaji lambat sikit mereka jadi bad mood, mereka tak creative, suka bodek dan kaki kipas untuk naik pangkat dsbg.

Tetapi kategori kedua adalah orang yang nak bekerja. Orang yg nak bekerja tak sama dengan orang yang nak duit. Bila seseorang itu dia nak bekerja maka dia akan kerja rajin2 dan bersungguh-sungguh. Yang dia cari ialah pengalaman, skill, keberkatan dan juga keikhlasan. Orang macam ni biasanya akan dapat bukan sekadar duit gaji tetapi juga akan dapat banyak manfaat yang bukan monetary seperti ilmu, pengalaman, kawan dan seterusnya dapat naik pangkat cepat dan sebagainya

Saya mencari-cari beberapa orang lagi yang berkualiti untuk bersama saya sebagai fulltime volunteers dan juga berkhidmat untuk Golden Minsds Group terutama yang ada kepakaran dlm bidang seperti :-

Fotografi
Creative Arts
Apps development
Graphic Design
Secretarial Science
Electrical Engineering

Berminat? Emailkan resume ke rshamri@hotmail.com

WE ARE THE THIRDFORCE
TOGETHER WE ARE STRONGER

1228total visits,1visits today

Related Post

Leave us a reply

*

*