The 3rd Force itu adalah satu wave / gelombang. Ianya tidak di gerakkan seperti sebuah organisasi / NGO / pertubuhan / syarikat / parti politik mahupun sebuah persatuan. Ianya adalah satu gerakan atau gelombang kefahaman dan kesedaran dalam diri masyarakat untuk sentiasa prihatin dan membantu mereka yang memerlukan dengan cepat dan telus.

13 Prinsip asas penubuhan The 3rd Force ialah :-

  • Do the right thing and do it right .. objektif satu je nak cari Redha Allah ... bukan redha makhluk ... bukan populariti... atau apa sahaja perkara lain selain dari satu je nak cari Redha Allah.
  • Tolong semua tanpa pilih kasih (Tanpa ada sentimen warna / bangsa / agama)
  • Kurangkan protokol dan birokrasi dalam membantu orang susah.
  • Percepatkan bantuan tanpa ada centralize decision making secara mutlak
  • Saling bantu dan sokong orang lain yang bersama dalam misi ini (Support each other)
  • Tiada audit keatas bantuan dan sumbangan kerana Allah dah audit
  • Tiada resit kerana resit ada dengan Allah ... tak percaya jangan bagi malah kitapun tak pernah mengemis untuk buat kerja kebajikan ... Kita tak perlu mengemis utk buat baik sebab Allah dah janjikan ganjaran.
  • Sumbangkan apa sahaja termasuk idea / barang / ubat / nasihat / doa / kepakaran dsbg pada bila2 masa tanpa perlu laporkan pada sesiapa sebab Allah maha mengetahui
  • Jangan cari salah orang tetapi maafkan diri sendiri dan maafkan diri orang lain jugak.
  • Berterus terang dan saling berbincang sebagai satu keluarga besar
  • Sebarkan mesej kasih sayang dan perpaduan sejauh dan seluas mungkin.
  • Penggembelingan kepakaran dan tenaga yang di beri percuma atau pada kos minima berpaksikan prinsip kemanusiaan.
  • Rakyat Malaysia yang bertanggungjawab, berkasih sayang dan bersatu.