Kita tidak mampu selesaikan masalah. Siapalah kita untuk menyelesaikan masalah. Cabaran itu semua Allah yang beri supaya kita berpeluang membeli saham akhirat masing-masing

HOW TO JOIN THE THIRDFORCE

The 3rd Force itu adalah satu wave / gelombang. Ianya tidak di gerakkan seperti sebuah organisasi / NGO / pertubuhan / syarikat / parti politik mahupun sebuah persatuan. Ianya adalah satu gerakan atau gelombang kefahaman dan kesedaran dalam diri masyarakat untuk sentiasa prihatin dan membantu mereka yang memerlukan dengan cepat dan telus.
1. Do the right thing and do it right .. objektif satu je nak cari Redha Allah ... bukan redha makhluk ... bukan populariti... atau apa sahaja perkara lain selain dari satu je nak cari Redha Allah.
2. Tolong semua tanpa pilih kasih (Tanpa ada sentimen warna / bangsa / agama)
3. Kurangkan protokol dan birokrasi dalam membantu orang susah.
4. Percepatkan bantuan tanpa ada centralize decision making secara mutlak
5. Saling bantu dan sokong orang lain yang bersama dalam misi ini (Support each other)
6. Tiada audit keatas bantuan dan sumbangan kerana Allah dah audit
7. Tiada resit kerana resit ada dengan Allah ... tak percaya jangan bagi malah kitapun tak pernah mengemis untuk buat kerja kebajikan ... Kita tak perlu mengemis utk buat baik sebab Allah dah janjikan ganjaran.
8. Sumbangkan apa sahaja termasuk idea / barang / ubat / nasihat / doa / kepakaran dsbg pada bila2 masa tanpa perlu laporkan pada sesiapa sebab Allah maha mengetahui
9. Jangan cari salah orang tetapi maafkan diri sendiri dan maafkan diri orang lain jugak.
10. Berterus terang dan saling berbincang sebagai satu keluarga besar
11. Sebarkan mesej kasih sayang dan perpaduan sejauh dan seluas mungkin.
12. Penggembelingan kepakaran dan tenaga yang di beri percuma atau pada kos minima berpaksikan prinsip kemanusiaan.
13. Rakyat Malaysia yang bertanggungjawab, berkasih sayang dan bersatu. So ... tak perlu isi borang sebab The 3rd Force tidak bergerak seperti satu organisasi (Walaupun kita telah daftarkan 3rd Force ini atas kekangan undang2).


Bagi yang sudah memiliki kumpulan sendiri / NGO / persatuan /syarikat / organisasi sendiri .. teruskan bersama kumpulan anda / company anda / organisasi anda dan kita semua adalah The 3rd Force ...


Sekarang kita ada berpuluh NGO / ratusan ribu individu / beratus syarikat / 24 buah negara yang bersama di bawah gelombang The 3rd Force ini ...
1. Boleh turun ke lokasi ... naik transoport sendiri atau naik bas
2. Boleh tidur di bilik operasi di pasir puteh atau base di Kuala krai
3. Bawak mahram jika perempuan utk elakkan fitnah
4. Pergi sendiri ziarah orang miskin dan sebarkan / kongsikan maklumat
5. Bantu dalam skala sendiri dengan cepat ... lead the case
6. Boleh sumbangkan apa sahaja yg ada dlm lingkungan kemampuan masing2 (Kalau kedai printing boleh sumbangkan T Shirt / Kalau berniaga makanan kesihatan boleh postkan ... )
7. Datang bagi sokongan di mana The 3rd force berkumpul
8. Datang event2 yang di buat
9. Hebahkan apa sahaja perkara baik di bawah slogan "We are The 3rd Force" 10. Satukan hati2 kita.


* hubungi Safuan / Hariri / Yoe / Abangraja atau mana2 wakil thirdforce jika nak turut serta dlm misi kita ... bawa apa sahaja barang sumbangan masing2.


* Tiada borang keahlian sebab Allah telah memilih anda untuk jadi ahli dengan buka pintu hati anda utk bersama. Wallahualam ...