Untuk membantu sesiapa sahaja yang memerlukan bantuan dengan pantas tepat ke sasaran tanpa banyak protokol dan birokrasi, tanpa ada perbezaan warna kulit dan fahaman politik serta menyuburkan kasih sayang dan semangat kesukarelawan sesama insan.
Mendidik masyarakat melalui penganjuran program-program kesedaran tentang kerja-kerja kemanusiaan di kalangan masyarakat di semua peringkat usia.
Mengenal pasti asnaf yang perlu di bantu dan membantu dengan cepat melalui bantuan awam tanpa banyak birokrasi dan protokol.
Menjadi penghubung dalam menyalurkan maklumat yang tepat dan genuine kepada agensi-agensi kerajaan yang berkenaan.
Membina jaringan sosial yang erat antara NGO dan agensi-agensi kerajaan melalui kerja-kerja sukarelawan.
Membantu asnaf dan sesiapa yang memerlukan membina semula kehidupan melalui bantuan jaringan sosial samada bantuan teknikal / pembangunan usahawan / infrastruktur / pendidikan dan perubatan.
Menanamkan rasa syukur dan penyatuan hati-hati masyarakat ke arah menjadi rakyat Malaysia yang prihatin dan baik-baik dengan perkongsian kisah-kisah masyarakat dan kerjasama saling membantu dengan keupayaan dan kepakaran masing-masing.