DOAKAN ANAK-ANAK TAHFIZ DARUL RIYADH, RANTAU PANJANG
Kita mendapat berita bahawa semua anak tahfiz, pengajar dan staf perlu menjalani kuarantin ekoran 35 orang pelajar telah disahkan positif Covid-19 setakat ini. Ramai lagi yang masih menunggu keputusan ujian swab.
Tahfiz Darul Riyadh, Rantau Panjang adalah tempat di mana Allahyarham Afza, anak prihatin 3rd Force Rantau Panjang, sempat belajar di sini sebelum beliau meninggal dunia.
Tak dapat digambarkan keadan makan minum mereka memandangkan semua staf termasuk tukang masak terpaksa dikuarantin. Rata-rata anak-anak tahfiz ini bukan dari keluarga berada untuk keluarga masing-masing menghulurkan bantuan.
Ada tak orang baik-baik di luar sana yang sudi membantu anak-anak ini dengan sumbangan makanan? Tidak mampu membantu dengan kewangan, dengan sebaris doa pun dah memadai.
Sebarkan kasih sayang, jauhi kebencian.
#jomjadiorangbaikbaik
UNIT MEDIA
YAYASAN RAJA SHAMRI



