kita telah buat keputusan untuk membina pusat jagaan / perlindungan / latihan / bantuan anak-anak prihatin di bawah seliaan kita yang mana jumlahnya sudah meningkat lebih 130 orang. v.r

Anak-anak prihatin adalah anak2 dalam kategori dhaif / miskin/ yatim / yatim piatu / tak sah taraf / di tinggalkan oleh bapa atau ibu atau kedua2nya dengan nenek atau penjaga yg dhaif / tak ada IC di sebabkan bapa penagih dadah atau dalam penjara atau bapa warganegara asing / tinggal bersama nenek atau atuk yang tua dan dhaif / tinggal sendirian dengan kakak atau abang yang tak bersekolah pada usia terlalu muda untuk jaga adik2 / tinggal di asrama dan menumpang rumah cikgu atau saudara mara yg juga dhaif bila sekolah cuti …

Kira nak namakan pusat ini VILLA RAUDHAH.

Di samping tempat kita memberikan kasih sayang dan menyusun program ilmiah anak2 ini ianya bakal di jadikan tempat kita beraktiviti. Ayah Ngah (Cikgu Izani) sudah bersedia untuk infakkan secebis tanah untuk tujuan ini.v.r1

Kita sangat mengalu-alukan sesiapa yang ada kepakaran melukis plan bangunan untuk design bangunan 4 tingkat keluasan 30 x 60 :-

Tingkat bawah
1. Parking kereta
2. Stor simpanan barang

Tingat 1
Pejabat
Bilik mesyuarat
Surau (Kapasiti 50-100 orang)
Tandas / Tempat wudhuk
Pantry

Tingkat 2
Dewan
Tandas Lelaki dan perempuan
Bilik PA sistem

Tingkat 3: Asrama / Dorm / Bilik warden
Tingkat atas flat roofing (Untuk multiple activiti)

Emailkan draft plan VILLA Raudhah ke
rshamri@hotmail.com

Untuk melawat tapak atau ke lokasi boleh hubungi Ayah Ngah :
H/P: 011-10606890

Kongsikan post ni kepada mereka yang pandai lukis plan bangunan untuk sama2 infak kepakaran dan mendapatkan saham akhirat masing2

 

Attachments
  • v-r1
  • v-r
    v-r

Related Post

Leave us a reply

*

*