Laporan oleh Nabil, 3rdF Perlis.

Menyantuni Asnaf: Kak Che Basah bt Hussain, Sg. Petani Kedah.

Kak Basah seorang ibu tunggal yang telah ditinggalkan suami digantung tidak bertali dan mengalami penyakit buasir yang kronik. Pernah berniaga di kantin kilang kawasan Taman Ria Jaya. Tapi malang tidak berbau, seminggu sebelum bulan Ramadhan, kakak Basah mengalami kemalangan bersama dengan dua orang anak yang berusia 12 dan 4 tahun. Kak Basah mempunyai 6 orang anak. Anak sulung lepasan diploma Institusi Pengajian Tinggi Awam( IPTA), Anak kedua sedang mengikuti pengajian di sebuah kolej, dan perlu melangsaikan baki yuran tertunggak dan memiliki masalah kesihatan. Anak ketiga perempuan umur 12 tahun, anak keempat umur 10 tahun, anak kelima umur 6 tahun dan anak terakhir umur 4 tahun pula adalah OKU. a1

Sekarang mereka menyewa di sebuah rumah dengan bayaran RM300. Alhamdulillah, bil elektrik dan air yang dipotong telah diselesaikan oleh orang atasan dengan budi bicara mereka. Bantuan OKU yang diterima oleh anak ke-6 digunakan sebaik mungkin, dimana beliau perlu minum susu formula khas yg berharga RM138 (TF Nabil lihat sendiri di tin susu) dan jika berhenti minum susu tersebut beliau akan muntah-muntah darah.

a2Sangat tersentuh hati bila mendengar cerita dari Kakak Basah yang mereka hanya berbuka puasa dengan sekadar menjamah makanan yang ada dan anak-anak pula merintih ingin berbuka dengan ayam KFC.

Kemungkinan Pelan Tindakan:
1. Bantuan baju raya
2. Bantuan Pek Syawal
3. Bantuan bayaran yuran anak ke-2
4. Bantuan modal berniaga untuk kak Basah berniaga bagi meringankan beban.
5. Bantuan & cukai jalan kenderaan utk memudahkan berniaga.
6. Basikal utk anak2 ke sekolah dengan jarak 1.8km.

“Together We are Stronger”
The 3rdForce, Perlis

 

Attachments
  • a2
    a2
  • a1
    a1

Related Post

Leave us a reply

*

*