[vc_row][vc_column][vc_column_text]Update kes nenek azizah bersama 4 cucu di sg nyior palekbang.

Setelah berita mengenai nenek azizah tersebar luas ramai penyumbang-penyumbang telah datang untuk membantu dengan berbagai cara.

Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) tumpat telah meluluskan untuk menyambung semula bantuan bulanan yang terputus sejak tahun 2013.

Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Kelantan (MAIK) juga telah membuat lawatan kerumah nenek azizah ini untuk bantuan berdasar bidang kuasa masing masing.

Sementara ramai orang datang membantu, 3rd force sedang menyusun program bantuan dan pemulihan pendidikan kepada cucu2nya. Ini adalah hasil daripada sumbangan orang.

Bantuan ini adalah seperti bantuan belanja di kantin setiap hari, buku2, pakaian sekolah atau apa2 sahaja yg berkaitan pendidikan anak2 ini sehingga tamat persekolahan. Dan rumah mereka juga akan dibaiki sekiranya didapati perlu.

Lawatan terakhir sukarelawan3rd force semalam mendapati nenek azizah tiada di rumah kerana ke rumah anaknya di kg laut.
Ada beberapa barangan dan sedikit wang tunai telah ditinggalkn kepada jiran disebelah rumah oleh penyumbang yg datang semasa ketiadaan mereka.

Setakat ini kami rasakn bekalan makanan, pakaian, peralatan dapor sudah pun ada dan mencukupi di sumbangkn oleh orang ramai.

Wallahualam…

Saya,
Faezah Qamerzaman
Ketua Sektor Kebajikan dan anak-anak prihatin
The 3rd Gig Force

We are the 3rd force
Together we are stronger.

[/vc_column_text][/vc_column][/vc_row]

Leave us a reply

*

*