TUMPAT: Buat pertama kalinya Pengasas Thirdforce Raja Shamri Raja Husinbersama- sama Thirdforce Tumpat telah menziarahi anak-anak prihatin dibawah seliaan Thirdforce di Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Pinang, Tumpat Kelantan. hadir sama ketua Kebajikan Thirdforce Kak Yong untuk meninjau dan menanyakan khabar terkini anak-anak prihatin.

menurut Abe Raja (Raja Shamri Raja Husin), Anak-anak prihatin ini adalah apanak-anak dari keluarga dhaif yang yatim, yatim piatu, anak terbiar, anak terabai, juga anak yang mak ayah bercerai berai serta anak yang tinggal bersama atuk atau nenek yang dhaif yang sudah uzur dan mak ayah dalam penjara.

“Semalam Allah beri kesempatan buat pertama kalinya untuk saya menziarahi anak-anak prihatin kita di SMK Sungai Pinang Tumpat.”

Tambahanya lagi, Bilangan mereka ini yang di bawah seliaan Thirdforce kini mencecah 200 orang dari umurap3 seawal masih bayi sehinggalah ada yang telah masuk ke IPTA ( Institusi Pengajian Tinggi Awam) dan juga ada yang baru memasuki alam pekerjaan.

Di akhir pertemuan itu, Abe Raja mengucapkan Terima kasih kepada Cikgu Ruzita dan semua guru-guru SMK Sungai Pinang yang sentiasa positif dan penuh dedikasi sama-sama mencari saham akhirat dalam membantu anak-anak prihatin kita di sekolah ini.

“Semoga semakin ramai warga pendidik dan agensi-agensi kerajaan lain yang tampil untuk sama-sama membantu{“. -Raja Shamri

InsyaAllahap1

 

Attachments
  • ap3
    ap3
  • ap1
    ap1
  • ap
    ap

Related Post

Leave us a reply

*

*