Perkembangan pembinaan rumah adik nazif di jitra..

Tukang rumah Thirdforce dah mula bekerja setelah bercuti meraikan hari raya korban. Alhamdulillah, kerja mengikat bata telah siap sepenuhnya.Kerja sedikit terganggu kerana cuaca tidak menentu dan hari ini kalau tidak hujan, kerja-kerja pemasangan bumbung akan dimulakan.

Kita doakan agar kerja-kerja pembinaan rumah adik nazif ini akan siap sepenuhnya dan adik-nazif-2berjalan dengan lancar.

Sedikit perkongsiaan tentang Adik Nazif dari Jitra Kedah….

Abang raja mula-mula mengenali Adik Nazif bila dihubungi sahabat2 keluarga Thirdforce di IJN memberitahu tentang ada seorang pesakit kanak2 umur 5 tahun yang terpaksa di potong kaki akibat komplikasi selepas pembedahan jantung. Abang Raja di harapkan dapat memberi bantuan emosi dan semangat kepada anak ini dan kedua ibubapanya.

adik-nazif-3Pertemuan dan kunjungan Abang Raja dan keluarga besar thirdforce sehinggalah kepada hari di mana kaki anak ini dipotong Abang Raja dan Thirdforce berada di sisi, dan thirdforce uruskan juga pengkebumian anggota yg dipotong seterusnya lawatan ke jitra ke perkampungan di mana anak dari keluarga petani ni berada …

“Kami melihat kesukaran adik nazif untuk bergerak dengan keadaan tandas serta bilik mandi dan rumah yang di kongsi beberapa keluarga. Maka kami terfikir perlunya kita bantu sama2 bina sebuah rumah sederhana yg ada tandas yg sempurna” kata Raja Shamri Raja Husin.

.

Related Post

Leave us a reply

*

*