Update binaan rumah adik alif yg menghidap sakit jantung.
Dah hampir 2 malam hujan turun membasahi bumi kampung halaman Adik Alif bersama rahmatNya menyuburkan tanaman sayur-sayuran serta pokok buah-buahan buat asnaf yg rajin membanting tulang dalam menjalankan tanggungjawab mencari sesuap nasi buat isteri dan anak2 yg sedang membesar mencari ilmu dan pengalaman yg luas terbentang di sekirar mereka

adik-alif-2Namun ada pula rintangan bagi Si kecil Adik Alif ini pabila hujan yg dtg membasahi pondok sementara dan dlm masa yg sama akan menyebabkan suhu dlm pondok sementara itu sejuk dan dingin, ianya suhu yg tidak berapa sesuai buat Si kecil yg menghidap sakit jantung ini kerana boleh menyebabkan Si Kecil ini demam sehingga badan menjadi biru dan menggigil

Pondok sementara itu dibina oleh Ayahnya bagi tujuan berteduh sementara rumah yg disedekahkan siap dibina
Pembinaan rumah bantuan misi kemanusiaan sekarang tidaklah serancak sepertimana pasca banjir tahun dahulu, kami terpaksa membina dgn kadar yg perlahan ekoran daripada pembinaan rumah asnaf adalah bergantung pada sumbangan orang ramai

Dengan erti kata lain, ada org derma sedikit wang, lalu kita bina dan jalankan gerak kerja
Jika tiada sumbangan berupa wang, tenaga, idea dan sebagainya, maka ianya menjadi satu kekangan yg akan memperlahankan semua gerak kerja murni ini dlm misi bantuan kemanusiaan

Sama-samalah kita berdoa agar gerak kerja murni misi kemanusiaan ini tidak terhenti dan mendapat sokongan masyarakat dalam mempersembahkan nilai-nilai murni ini harus dicontohi dan dituruti dalam perjuangan secara tidak lansung untuk menghapuskan sikap sombong, riak, korupsi, rasuah, serta sikap burok lain yg tidak patut dicontohi buat anak-anak serta bakal pemimpin Malaysia kelak
Sama-samalah kita berdoa akan kebaikan dan jauhilah perkara-perkara mungkar

Amin…

 

Attachments
  • adik-alif-2

Related Post

Leave us a reply

*

*