[vc_row][vc_column][vc_column_text]MANEK URAI: The Thirdforce dengan kerjasama angkatan pertahanan awam malaysia (APM) telah berkerjasama dalam menjayakan program HERO KAMPUNG fasa ke-4 bertempat di Manek Urai, Kuala Krai Kelantan.

Fasa pertama dulu kita buat di Perak bersama UPSI sewaktu Prof. Dr Suhaily masih hidup. Fasa ke dua kita buat di pulau-pulau tumpat dan fasa ke 3 di Pedalaman Kuala Krai di kampung bahagia / mambong 45 minit naik bot dari jeti tangga krai.

Kali ini kita bekerjasama penuh dengan APM di bawah seliaan Leftenen Muda Hanif dan juga TF Kuala Krai Sauti dan Cikgu Zul untuk berikan skill dan teknik serta ilmu kepada masyarakat kampung terutama anak-anak muda kampung yang bakal menjadi front liner bila berlaku musibah banjir.

1514

17

Kita faham bahawa orang kampung inilah yang mula-mula menghadapi gelombang sejurus air naik maka amatlah perlu mereka di ajar dan di berikan latihan menyelamat sekurang-kurangnya mereka boleh selamatkan diri sendiri dan ahli kekuarga masing-masing. Untuk agensi-agensi penyelamat datang pastinya ambil masa dan ada banyak kekangan juga seperti jumlah bot dan kekuatan yang terhad dan sebagainya … dengan adanya  HERO KAMPUNG ini kita harap mereka boleh bertindak pantas membantu sementara menunggu agensi menyelamat datang.

21Kita tak dapat geran ataupun apa-apa peruntukkan dari kerajaan untuk buat program ini walaupun ianya sudah masuk fasa ke 4. Baik kerajaan negeri mahupun kerajaan pusat. It’s ok … kita mahu cultivate budaya kerjasama, tolong menolong dan rasa kebertanggungjawabab mereka yang berada di lokasi yang berpotensi terkena musibah untuk turun sama-sama menjayakan program ini.

Terima kasih kepada semua team sukarelawan thirdforce, ketua-ketua kampung pelbagai fahaman politik, dan anak-anak muda kampung yang meletak tepi fahaman politik dan bersedia bersama thirdforce demi persediaan menghadapi banjir dan menjayakan program kita kali ini.

Ternyata kita berjaya menyatukan masyarakat dengan gelomang mengajak orang ramai jadi orang baik-baik ini …

Semoga usaha penyatuan dan pepaduan masyarakat melalui program seperti ini dapat kita teruskan pada masa-masa akan datang insyaAllah …

TAHNIAH SEMUA.

We are the thirdforce
Together we are stronger

1920

[/vc_column_text][/vc_column][/vc_row]

Leave us a reply

*

*