PASIR PEKAN- the 3rd force Pasir Pekan, Tumpat telah membawa tujuh orang anak prihatin dibawah seliaan Thirdforce yang tinggal di pedalaman pulau di Tumpat Kelantan. bantuan berbentuk pakaian baju sekolah di uruskan oleh sukarelawan kita hari ni melibatkan anak-anak yatim dari keluarga miskin dimana ada antara mereka yang 6bersama-sama nenek, rumah saudara mara, ada juga ibu tunggal serta ada juga kedua ibubapa mereka hilang meninggalkan mereka, malah tidak kurang juga ibubapa yang ditangkap polis akibat kesalahan dadah dan banyak lagi.

setiap tahun, pihak thirdforce akan membantu membelikan pakaian baju sekolah kepada mereka, boleh dikatakan ia agenda wajib yang perlu ada dan lakukan. kami lakukan kerana kami mahu meringankan beban9 yang keluarga anak Prihatin ini hadapi. hal ini kerana, ada antara mereka apabila menjelang musim terkujuh yang melanda di negeri pantai timur khasnya, pendapatan mereka bergantung pada tangkapan ikan kerana kebanyakan mereka bekerja sebagai nelayan kecil-kecilan. oleh kerana hujan selalu turun, maka mereka tidak dapat keluar untuk mencari rezeki.

sehingga kini hampir 200 orang anak Prihatin yang berjaya pihak 3rd force selaian dan bantu. semua ini diuruskan oleh ketua kebajikan 3rd force iaitu Kak Yong, Ayah Ngah dan team dari 3RD FORCE Tumpat11.

jutaan terima kasih kepada penyumbang khasnya kerana sama-sama membeli saham akhirat masing-masing, percayalah setiap kebaikan yang dilakukan pastinya ada ganjaran yang kita akan dapat sama ada di dunia mahupun di akhirat kelak. claim lah apa yang anda lakukan ini dengan Allah kelak.

tidak lupa juga kepada semua sukarelawan yang menguruskan, anda adalah insan istimewa yang Allah tetapkan. kerjalah kerana Allah kerana setiap yang dilakukan pastinya ada hikmahnya. ingat pesan abang Raja bahawa “KITA SEMUA ADALAH THIRDFORCE”

710

Attachments
  • 11-2
  • 10-2
  • 9-2
    9-2
  • 7-2
    7-2
  • 6-2
    6-2

Related Post

Leave us a reply

*

*