PASIR MAS- The Thirdforce Pasir Mas telah sama-sama membantu golongan asnaf yang tidak mampu untuk membeli kelengkapan sekolah. pelajar yang terdiri daripada keluarga yang daif serta anak yatim kita bantu meringankan beban mereka dimana tidak lama lagi sesi persekolahan akan dibuka. Dengan cara ini, mereka akan dapat memakai pakian baru ketika sekolah dibuka kelak.

menurut kak Lah yang 23merupakan Lead di kawasan Pasir Mas, hasil sumbangan yang diperolehi daripada penyumbang yang mahu membeli saham akhirat masing-masing, kita telah berjaya membantu 10 orang anak-anak yang terdiri daripada keluarga yang susah.

“Berkat sumbangan dari para sahabat dan dermawan hari ini saya berkesempatan membawa seramai 10 orang anak-anak golongan asnaf di sekitar Pasir Mas untuk membeli kelengkapan persekolahan bagi sessi 2017”

tambahnya lagi, diharap usaha yang sedikit ini mampu memberi makna yang mendalam dan diharap anak-anak asnaf ini bersemangat untuk belajar dengan lebih baik dan mampu memberi keputusan yang cemerlang di samping menjadi anak serta orang baik-baik kelak.

Anak-anak asnaf ini terdiri 24dari mereka yang berasal dari keluarga yang daif. Sebahagian besar dari mereka hanya tinggal bersama ibu masing-masing disebabkan bapa masing telah meninggal atau mempunyai masalah yang lain.

Sumbangan dari sahabat-sahabat 25dan dermawan masih lagi kami alu-alukan agar kami terus dapat menyantuni insan istimewa ini. Insyaallah…

Kak Lah
Pasir Mas
Kelantan.

 

Attachments
  • 25
    25
  • 24
    24
  • 23
    23
  • 22
    22

Related Post

Leave us a reply

*

*