[vc_row][vc_column][vc_column_text]Tidak dapat kita bayangkan betapa banyaknya pahala mereka yang telah infaqkan kenderaan-kenderaan ini untuk di gunakan oleh sukarelawan kita setiap hari.

Projek pembinaan rumah-rumah asnaf yang masih berterusan sejak banjir 2014 dibina oleh sukarelawan dan tukang-tukang kita saban hari non stop sejak hampir 2 tahun yang lepas dimana lokasi kebanyakannya jauh ke pedalaman dan kenderaan 32yang di infaqkan itu semestinya banyak membantu.

Jika hendak di hitung rasanya beribu-ribu jam telah sukarelawan gunakan untuk kerja-kerja kemanusiaan ini dan selama itulah pastinya 33mengalir saham akhirat untuk penyumbang. Kita doakan Allah rahmati semua penyumbang-penyumbang ini …

Petang tadi saya terpandang sukarelawan baru balik hantar barang hardware dengan kenderaan yang di infaqkan …

Subhanallahhh …

Tahniah dan terima kasih kepada kak yati di terengganu, uncle sam di KL, En. Fauzi dan isteri di Seri Kembangan, Dato Din di JB dan beberapa nama lagi yang telah infaqkan kenderaan masing-masing untuk kegunaan sukarelawan thirdforce.

Semoga kita dapat berjiran di syurga nanti.
InsyaAllahh …[/vc_column_text][/vc_column][/vc_row]

Attachments
  • 33
    33
  • 32
    32

Leave us a reply

*

*