TUALANG RENDAH- UPDATE terkini rumah nenek Fatimah di kampung Tualang Rendah, Selising Pasir Puteh Kelantan. Alhamdulillah rumah nenek Fatimah kini telah berada di fasa memasang bumbung.

disebalik kita semua bertungku-lumus menyiapkan rumah Nenek Fatimah, ada kisah yang perlu kita sama-sama mengambil inspirasi dan semangat dalam melakukan kerja baik dan sukarelawan ini, iaitu “PENGORBANAN”

Demi untuk mengejar masa dengan musim hujan yang tidak menentu sekarang ni sukarelawan thirdforce hari ni tetap bertugas bersama tukang-tukang kita 16untuk mengangkut bumbung dan memasang bumbung rumah asnaf nenek fatimah yang cacat kedua belah kaki di kg tualang rendah.

Passion dan determination adik-adik sukarelawan yang bertugas tanpa mengira hari public holiday dan berapa jam waktu kerja sukarelawan dikira ini adalah inspirasi kita semua kerana kalau hendak 17kira jam bekerja telah bekerja 24 jam non stop hampir setiap hari sejak hampir 2 tahun …

Semoga Allah kekalkan kita istiqamah membantu dan sentiasa lindungi perjuangan ini dari mereka yang hasad dan sentiasa mencari jalan untuk melemahkan kerja membantu ini.

Teruskan memberi sokongan.

Semoga redha Allah untuk kita semua.

We are the thirdforce
Together we are stronger

[/vc_column_text][/vc_column][/vc_row]

Attachments
  • 17
    17
  • 16
    16

Related Post

Leave us a reply

*

*