[vc_row][vc_column][vc_column_text]Lawatan susulan pak lah Di HTA
26/12/2016

Kelmarin rawatan Pak Lah telah di pindah kan dari HRPZII ke Hospital Daerah Pasir Puteh Tengku Anis(HTA).

Alhamdulillah hari ini pak lah kelihatan positif seperti hari2 sebelum ini.makan dan minum dlm kuantiti yg sedikit tetapi beliau nmpak berselera.

Hari ini sukarelawan kita berpeluang menyuapkan sendiri mkanan kpd pak lah memandangkn mok Su balik ke rumah utk settle selesai kerja2 rumah..sebelah petang 49giliran kak mah pula yg akan jaga pak lah..

Subhanallah hebat kasih sayang anak2 buah Pak Lah yg menjaga Pak Lah silih berganti setiap hari. semoga mereka mendapat rahmat dari Allah SWT.

Pak Lah ada temu janji dgn Doktor pada 5.1.2017 di HRPZII untuk melakukan rawatan(Magnetic resonance imaging rasanya)MRI atau check melalui terowong bagi mngenal pasti sama ada ketumbuhan atau tiada di bahgian tulang paru2 beliau.

Semoga pak lah terus kuat dan mndapat rahmatNya utk meneruskan sisa2 hidup beliau.sebnarnya 50allah beri peluang dan kesempatan ambi saham akhirat kita masing2 dgn asbab seorang pak cik tua yg bernama Pak Lah ini.kepada mereka yg berdekatan area p.puteh marilah kita sama2 berikan kasih sayang yg penuh utk mnggembirakan hidup Pak Lah di saat umur beliau yg semakin tua.marilah sekiranya berkesempatan.

Terima kasih di atas doa anda semua kerana doa adalah senjata mukmin.

Di kabarkan hari ini wakil pihak UMK akan turun menyiapkan vila pak lah.
Doa kan yee….

Teruskan bersama thirdforce Dari masa ke semasa untuk update mengenai laporan susulan kisah pak lah ini.

Saya Adi melaporkan dari Hospital Tengku Anis Pasir Puteh.

#jommjadiorangbaikbaik
#jkmpasirputeh
#wearethethirdforce
#togetherwearestronger

[/vc_column_text][/vc_column][/vc_row]

Attachments
  • 50
    50
  • 49
    49

Related Post

Leave us a reply

*

*