PASIR PUTEH: “Orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa” mungkin itu pepatah yang sesuai di gambarkan apabila hari ini seorang hamba Allah telah menginfakkan sebuah Backhoe untuk kegunaan pihak The 3rd Force.

berita gembira tersebut di muat naik oleh pengasas The 3rd Force Raja Shamri Raja Husin di laman Facebook miliknya sebentar tadi. Menurut Abang Raja, beliau begitu bersyukur dan berterima kasih kepada penyumbang kerana sama-sama menyebarkan kefahaman gelombang jom jadi orang baik baik ini sehingga ramai yang tampil membeli saham akhirat masing-masing.

“Pagi ini kita menerima tawaran infaq sebuah backhoe dari individu di Kuala Lumpur.Tidak ramai yang Allah berikan kefahaman dan kekuatan untuk berinfaq seperti ini … Subhanallahhh !”-Raja Shamri

Tambahnya lagi,
apabila kefahaman terhadap kematian yang pasti datang, betapa dunia ini tempat kita mengumpul saham akhirat dan apabila kasih sayang sesama insan di hayati dan di praktiskan. Sesungguhnya inilah yang saya maksudkan dengan gelombang mengajak semua jadi orang baik-baik.

InsyaAllah kita doakan saudara Nizar dan keluarganya serta semua keluarga besar thirdfource yang sentiasa istiqamah membantu agar kita sentiasa dalam rahmat Allah, di murahkan rezeki dan dilindungi selalu dari segala musibah.

Tahniah Nizar.
Terima kasih semua keluarga besar Thirdforce.

WE ARE THE THIRDFORCE
TOGETHER WE ARE STRONGER

Attachments

Related Post

Leave us a reply

*

*