No Rujukan : 3rdForcePD/Asnaf/2017/008
Nama Penuh : Muhd Akif Hatimi b Abdul Halim
No KP : 871202495421
Alamat : Tmn Desa PD
Status : OKU Fizikal
Nama Isteri : Siti Rohaizah bt Abdullah
Bil Anak : 4 orang ( 2 orang tidak bersekolah, 7 dan 9 tahun)
Bantuan Yang Diterima : JKM(Dalam proses), Baitulmal Sbn(Bantuan Bayaran Deposit Sewa Rumah)
Bantuan Yang Diperlukan:
1. Barangan dapur
2. Bantuan Persekolahan 2 org anak (Kelengkapan sekolah dan Yuran Sekolah)
3. Katil & Tilam Baru atau terpakai.
4. Bantuan Bayaran Sewa Rumah Tertunggak RM 300
5. Susu untuk kanak-kanaki umur 1 tahun 5 bulan
6. Pampers kanak-kanak
7. Bantuan pekerjaan yang bersesuaian dengan En Akif
dan bantuan lain yang difikirkan perlu

Maklumat Ringkas:

Sekitar jam 930 malam , 3rdForce PD mengunjungi satu keluarga asnaf di Tmn Desa PD hasil dari maklumat yang di terima dari orang ramai .

En Akif tinggal di Tamn Desa PD bersama 8 orang termasuk isteri, 3 orang anak, ibu, adik (OKU) dan anak saudara. Mereka berpindah randah akibat kesempitan hidup sejak En Akif mengalami kemalangan pada 2007 yang mana telah menukar statusnya kepada OKU. Dengan status ini , En Akif sukar bergerak dan ia telah merencatkannya untuk mencari pendapatan tetap. Pendapatannya hanya bergantung kepada upah untuk merekabentuk banner dan bunting. Itupun tidak mampu menampung kos sara keluarganya.

Anak-anaknya tidak dapat bersekolah atas kekangan kewangan . Tiada apa pun mampu dibeli oleh mereka. Apabila ditanya kepada 2 beradik ini sama ada mahu bersekolah atau tidak, mereka mengangguk-angguk . Mungkin anak-anak ini rindu pada suasana sekolah.

Dengan isterinya yang menghidapi penyakit Psoriasis, penyakit radang kulit yang kronik, beban ini hanya ditanggung dengan hasil upah design banner dan bunting yang tidak seberapa. Ketika
kami datang ke rumahnya tadi, tiada apa di dapurnya, malah dapur masak juga tiada. Tiada susu untuk anak kecil berumur 1 tahun 6 bukan. Hanya air putih , allahuakbar!

Tiada apa dirumahnya! Kami duduk dilantai sahaja. Si kecil tadi pun tidur beralaskan toto sahaja. Begitu juga bagi semua anak-anaknya. Rumahnya kosong tidak seperti rumah-rumah kita yang penuh dengan kerusi dan meja.

Permohonan bantuan dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) PD dalam proses kelulusan dan hanya bantuan Baitulmal Seremban untuk bayaran deposit rumahnya di Tmn Desa PD.Bantuan-bantuan lain dari mana2 badan atau agensi belum ada setakat ini.
Keadaan keluarga yang dhaif ini sangat memerlukan perhatian dan bantuan dari kita semua. Kesempitan hidup En Akif sekeluarga perlu mendapat perhatian kita semua baik dari keluarga, jiran-jiran, pemimpin-pemimpin masyarakat , NGO dan agensi berkaitan.

Hari ni kami membawa bersama bantuan awal keperluan barangan dapur . Kami bercadang untuk merangka pelan bantuan yang lebih komprehensif setelah berbincang dengan pasukan yang lain nanti.

Buat masa ini apa yang kami nampak En Akif sangat memerlukan bantuan seperti kami nyatakan diatas.
Pihak 3rdForce PD akan menghubungi Pejabat Pendidikan Daerah PD untuk membantu penempatan sekolah untuk 2 orang anak En Akiff. Selepas itu, kami akan ikhtiarkan untuk bantuan membeli kelengkapan sekolah dan sebagainya.

En Akif merupakan seorang yang ada kemahiran dekstop publishing , pihak kami bercadang untuk menghubungi beberapa kedai banner di daerah ini untuk membantunya mendapatkan pekerjaan tetap.

Kami berpisah pada jam 1030 malam dengan nada kesedihan yang mendalam.

Jika sahabat ingin membantu keluarga ini, sila hubungi saya En Syed di talian 0172358190 bagi mendapatkan maklumat lanjut. Saham anda ada di sini.

#Jomjdorgbaikbaik
#The3rdForceNS

Attachments

Related Post

Leave us a reply

*

*