*Laporan Susulan*
Update Kes No Rujukan : 3rdForcePD/Asnaf/2017/008

11 Jan 2017, Tmn Desa PD – Alhamdulillah berkat doa, bantuan dan sokongan kita semua nasib keluarga En Akif Hatimi semakin baik dan menunjukkan perkembangan yang positif

Pihak kami 3rdForce PD telah menghubungi pihak PPD Port Dickson semalam dan pada hari ini dijangka pegawai dari Pejabat Pendidikan Daerah PD akan hadir ke rumah keluarga ini untuk mmbantu mnyelesaikan masalah persekolahan 2 orang anak En Akiff. Semoga urusan ini dipermudahkan.

*Update 1145 pagi*
Hasil dari lawatan PPD pagi ini, kedua-dua anak En Akif akan bersekolah dalam waktu terdekat. Mereka akan bersekolah di SK Dato Klana , Rantau. Alhamdulillah!

Pihak kami akan membawa 2 orang anak En Akiff untuk membeli kelengkapan sekolah dalam waktu terdekat sebagai persediaan untuk mereka  bersekolah tidak lama lagi. Anak-anak En Akiff tidak sabar lagi mahu ke sekolah dan soal persekolahan anak En Akiff ini menjadi keutamaan bagi 3rdForce PD . Bagilah mereka kegembiraan , esok mungkin milik kita.

Masalah-masalah lain seperti barangan dapur , peralatan dapur masak, bayaran sewa rumah tertunggak telah diselesaikan . Semalam NGO dan beberapa individu telah menyumbangkan barangan dapur kepada keluarga ini dan dijangka akan ada lagi sumbangan barangan dapur dari pelbagai pihak kepada keluarga ini. Mohon dipermudahkan urusan.

Terima kasih atas segala bantuan , sokongan dan dorongan kepada keluarga En Akiff dan marilah kita doakan agar nasib keluarga ini akan berubah menjadi lebih baik. Doa kami kpd semua yang membantu keluarga ini, moga dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur.

#jomjdorgbaikbaik
#The3rdForceNS

Attachments
  • 2-orang-anak-asnaf-pd-boleh-bersekolah

Related Post

Leave us a reply

*

*