Laporan dari The 3rd Force Perlis:

NO RUJUKAN: 3rdFPs/2017/01/Kangar/12/Bukit Chuping.

NAMA : En Salim bin Din
ALAMAT: Bukit Chuping, Kem Oran.

BANTUAN BULANAN: RM 300 sebulan daripada JKM

FAKTA:
Hari ini kami sukarelawan Thirdforce perlis, 3rdFPs seramai 4 orang telah mengunjungi satu keluarga asnaf di Bukit Chuping Kem Oran Perlis. Kami tiba di lokasi sekitar jam 1.00ptg bersamaan 10/1/2017 dari hasil maklumat orang awam.

En Salim b Din mempunyai seorang isteri,seorang anak wanita,menantu lelaki seorang mualaf dan seorang cucu.

Keluarga ini adalah penerima bantuan dari JKM sebanyak RM300 sebulan.En Salim bekerja sendiri dengan membuat baja bukit dan hasil pendapatan yang diperoleh adalah tidak tetap. Apa yang kami lihat keluarga ini amat memerlukan bantuan kita semua.

Hari ini kami thirdforce perlis sempat memberi sedikit sumbangan berupa barang dapur dan pada masa yang sama kami memeriksa keadaan dalam rumah beliau yang begitu dhaif sekali.

Buat masa ini apa yang kami lihat En Salim sangat memerlukan sedikit bantuan seperti memperbaiki bumbung rumah yang bocor apabila berlaku hujan rumah beliau dipenuhi dengan air. Rumah ini hanya mempunyai satu ruang sahaja disitulah tempat makan dan disitu jugalah tempat tidur.
Kami berpisah pada jam 1.45 ptg.

KEPERLUAN:
1) Baik pulih rumah.

TINDAKAN The 3rdFPs:
1) Menghubungi pihak JKM dan Baitulmal untuk perbincangan lanjut.

Sekiranya sesiapa mempunyai pertanyaan atau ingin menghulurkan bantuan, boleh hubungi sukarelawan yang mengendali kes ini

TF Shan: 019-629 8011
TF Fifa: 011-1242 4834

Together we are Stronger
☆The 3rd Force, Perlis

#asnafPERLIS #3rdFPs #3rdForcePERLIS #sukarelawanPERLIS

Attachments

Related Post

Leave us a reply

*

*