Thirdforce Pasir Mas dan Kubang Kerian.
Lokasi:Rumah asnaf di Kg
Pengkalan Batu,Pasir
Mas,Kelantan.
Masa: 1.45pm–3.15pm
Tarikh: 15hb.Jan 2017

Hari ini kami berkunjung ke kediaman Puan Zabedah yang koma akibat stroke semenjak tahun 2015 lagi.Puan Zabedah merupakan ibu tunggal dan mempunyai 2 orang anak.Anak yang sulung lelaki,berumur 18 tahun sedang menunggu keputusan peperiksaan spm.Puan Zabedah di jaga sepenuh masa oleh anak sulung ini.Anak kedua perempuan masih belajar di Sek Men Perempuan Pasir Mas di tingkatan satu. Puan Zabedah tinggal di rumah pusaka bersama adik lelaki yang tak berkahwin dan menyara Puan Zabedah dan anak-anak,yang bekerja di kedai roti.

Puan Zabedah mendapat bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak rm300 sebulan.Cukup untuk beli susu ensure fos sebanyak 4 tin sebulan.
Kapten Ismawi dan Khazanah Kelantan telah menyumbangkan katil untuk Puan Zabedah.

Manakala oksijin di sumbangkan oleh Hospital Pasir Mas,Lati.Setiap 2 minggu sekali jururawat dari Klinik Kesihatan Bandar Pasir Mas datang menukar tiub minum susu Puan Zabedah.

Kelihatan dinding dan jendela rumah telah reput dan saluran atap yang bocor.

Dermawan dari Kuala Lumpur,Pasir Mas dan Kubang Kerian telah menyumbankan batubata,simen,upah tukang,cat dan keperluan keluarga Puan Zabedah.

Cik Nie turut sama menyumbangkan barang-barang keperluan.

Terima kasih atas keperihatanan anda semua,hanya Allah yang dapat membalasnya..Sekian.

Nukilan:Kak Lah
We are the thirdforce
Together we are stronger

Attachments

Related Post

Leave us a reply

*

*