WAKAF BHARU: pagi kita dikhabarkan oleh 3rd Force Tumpat iaitu Ayah Ngah yang di amanahkan untuk menjaga rakit yang pihak 3rd Force bina di tepi sungai Kelantan. mengikiut makluman awal, punca berlakunya ialah dilanda seperdu besar buluh yang dibawa arus deras.

Lebih kurang jam 12 tengah malam semalam, tali rakit telah terputus kerana dilanda oleh seperdu besar buluh hanyut yang di bawa air deras…
Ke empat-empat tali tambat rakit telah putus menyebabkn rakit hanyut.
Tindakan cepat Ustaz Heng dan rakan rakit sebelah telah menyelamatkn rakit daripada terus hanyut ke kuala.
Setelah berhempas pulas dengan menggunakn bot rakan sebelah, rakit dapat di tunda ketepi dan menambat pada sebatang pohon besar.
Jarak antara pengkalan dengan tempat rakit dihanyutkan adalah lebih kurang 600 meter… operasi semalam selesai jam 4 pagi.

Tindakan:
Buat masa ini rakit masih tidak boleh ditarik semula ke pengkalan kerana arus air terlalu deras.
Oleh itu rakit terpaksa ditinggalkn sehingga air surut dan lebih tenang.
Bagaimana pun bot2 telah dipindahkn ke pengkalan.
Rakit perlu diawasi kerana bimbang sekiranya ada orang yg tk berapa baik mengambil tong2 rakit dan barang lain.

InsyaAllah kami akan uruskn sebaik mungkin…

 

Attachments
  • rakit-3rd-force-hanyut-3
  • rakit-3rd-force-hanyut1

Related Post

Leave us a reply

*

*