PASIR PEKAN – Petang ini di Muara Sungai Kelantan sukarelawan thirdforce dan orang ramai bergabung tenaga dan kepakaran menunda dan menyelamatkan rakit bot thirdforce yang di hanyutkan arus deras sewaktu banjir minggu lepas.

Rempuhan perdu buluh, arus deras dan juga kayu-kayu hanyut menyebabkan tali rakit putus dan rakit bot kita nyaris hanyut ke laut sebelum sempat di selamatkan beberapa meter dari lokasi asal. Keadaan arus deras menyukarkan kita untuk menunda rakit bot tersebut ke lokasi asal segera dan kita menunggu arus menjadi sedikit reda untuk ianya di tunda.

Maka petang ini dalam keadaan penuh berdebar-debar dan cemas kita berjaya menunda semula rakit bot tersebut dengan pertolongan Allah dan orang ramai yang datang membantu entah dari mana serta ia mengambil masa kira-kira 4 jam lebih untuk sampai ke tempat asal

Terima kasih kepada semua yang turun petang ni.

Rakit bot tersebut adalah antara projek penting thirdforce di mana kita parking bot-bot sumbangan orang ramai disini. Ianya juga menjadi tempat sukarelawan kita menaiki bot untuk menghantar bantuan ke pulau2 di pedalaman tempat.

TAHNIAH SEMUA JIWA2 MURNI YANG BERKORBAN MASA DAN TENAGA PETANG NI.

Semoga Allah satukan hati2 kita dalam berusaha kearah menjadi orang baik-baik ini sampai bila2.

WE ARE THE THIRDFORCE
TOGETHER WE ARE STRONGER

Attachments

Related Post

Leave us a reply

*

*