30 Jan 2017 Pondok Seligi Pasir Puteh – Malam ni genaplah 3 malam majlis tahlil di adakan di Pondok Seligi untuk Arwah Pak Lah, warga emas sebatang kara yang kita temui di bawah jambatan September tahun lepas. Pak Lah yang kita sama2 bantu membina rumah untuknya dgn bantuan UMK telah kembali ke rakmatullah setelah 3 minggu tinggal di rumah barunya meninggal dunia akibat ketumbuhan dalam perut dan pelbagai sakit lain.

Para pelajar dan guru pondok seligi mengadakan tahlil untuk arwah Pak Lah selama 3 malam berturut-turut. Seluruh keluarga besar thirdforce sangat terasa dengan kepergian Pak Lah dan pemergiannya mencatat memori suka duka perjuangan sukarelawan membantu mereka yang tersisih seperti arwah Pak Lah.

Pengasas thirdforce, Dr Raja Shamri ketika dihubungi menyatakan rasa kagum dan terharu di atas kerjasama semua pihak yg membantu menguruskan jenazah Pak Lah termasuk para pelajar dan guru pondok seligi yang melakukan tahlil untuk arwah. Sesungguhnya Pak Lah pergi meninggalkan kita dalam keadaan cukup mulia di rumahnya sendiri bukan di bawah jambatan, di uruskan oleh ramai orang dan juga di doakan oleh orang2 alim.

Nasib kita belum tentu lagi.

Saya Adi melaporkan dari Pondok Seligi
Pasir Puteh
9.45 malam

Related Post

Leave us a reply

*

*