Khamis 2 Febuari 2017,  Laporan disediakan oleh: En Syed wakil thirdforce Port Dickson Negeri Sembilan.

No Rujukan : 3rdForcePD/Asnaf/2017/012
Nama Penuh : Absah binti Ahmad
Alamat : Tmn Vista Jaya
Penyakit : Kencing Manis, Darah Tinggi, Buah Pinggang, Jantung dll.
Bantuan JKM/Baitulmal: JKM(RM 300 sebulan)/Tiada

Bantuan Yg Diperlukan :
1. Kerusi Roda(URGENT)
2. Pampers Saiz L/XL
3. Susu Nestle Diabetic

Maklumat Ringkas:
Makcik Absah tinggal bersama keluarga anak perempuannya di Tmn Vista Jaya. Sebelum ini, dia tinggal di Springhill tetapi berpindah setelah rumah anaknya terbakar tahun lepas. Dengan umurnya hampir mencecah 70 tahun ditambah pula dengan pelbagai penyakit yang dihadapinya menjadikan kehidupannya penuh dengan onak duri. Berulang alik ke hospital adalah rutin biasa baginya.

Dijaga rapi oleh anak perempuannnya yang sentiasa ada bersamanya. Anak perempuannya dulu berniaga makanan di Springhill , tapi sejak kesihatan ibunya merosot , dia terpaksa menjaga ibunya di rumah.Kuranglah pendapatannya setiap bulan. Kasihnya terhadap ibunya lebih dari segalanya.

Makcik Absah sudah kehilangan beberapa jari kakinya akibat penyakitnya . Pergerakkannya terbatas dan memerlukan perhatian anaknya.Ia myukarkan lagi apabila terpaksa berulang alik ke hospital untuk rawatan. Anaknya terpaksa memapahnya setiap kali ingin bergerak. Aduhai, kami sanjung kasih sayang anak ini…

Kisah ini kisah kasih sayang anak kepada ibunya. Kami 3rdForcePD terpanggil untuk membantu Pn Absah dan anaknya . Kisah ini dipaparkan atas tujuan untuk sahabat-sahabat yang mahu membantu keluarga ini mengikut kemampuan anda.

Jika sahabat ingin membantu kluarga ini, sila hubungi En Syed di talian 0172358190. Utk melawat keluarga ini, blh pm saya di inbox. Saham anda ada di sini.

#jomjdorgbaikbaik
#The3rdForceNS

Related Post

Leave us a reply

*

*